Gara-gara perselisihan faham, penganggur maut dilibas mesin pemotong rumput oleh anak saudara

Gara-gara perselisihan faham, penganggur maut dilibas mesin pemotong rumput oleh anak saudara

Gara-gara perselisihan faham, penganggur maut dilibas mesin pemotong rumput oleh anak saudara.

Gara-gara perselisihan faham, seorang penganggur maut dilibas dengan mesin pemotong rumput oleh anak saudaranya di sebuah rumah di Sitiawan awal pagi tadi.

Mangsa berusia 51 tahun yang parah di bahagian kaki kiri meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Seri Manjung (HSM) di sini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, seorang wanita berusia 26 tahun membuat laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 4 pagi.

Gara-gara perselisihan faham, penganggur maut dilibas mesin pemotong rumput oleh anak saudara

Gambar hiasan

“Siasatan awal mempercayai mangsa yang dalam keadaan mabuk bergaduh dengan suspek yang berusia 34 tahun di hadapan rumah kerana perselisihan faham.

“Pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang didakwanya memburukkan namanya dalam kalangan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kemuncak kepada pergaduhan itu suspek mengambil mesin pemotong rumput lalu melibas ke arah kaki kiri mangsa dan mengakibatkan kecederaan serius di bahagian tersebut.

Jelasnya, mangsa dibawa ke HSM dan semasa dalam perjalanan lelaki itu tidak sedarkan diri sebelum doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

Nor Omar memaklumkan suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.

Beliau menjelaskan, semakan mendapati mangsa yang tidak bekerja mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau melibatkan kes jenayah dan penyalahgunaan dadah.

“Suspek pula yang bekerja sebagai mekanik motosikal juga mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Baca lagi: 
Rebus ketam dalam cerek elektrik, pelanggan hotel diarah bayar ganti rugi RM1,340
6 tahun hidup penuh rasa malu zakar tergantung pada lengan, kini lelaki ini terima zakar baru
Aksi tidak senonoh lelaki onani dalam tren, lelaki gila seks diberkas
CATEGORIES