Gaji RM3,000 tak cukup duduk KL, siang kerja bank, malam pula jadi gelandangan di masjid

Gaji RM3,000 tak cukup duduk KL, siang kerja bank, malam pula jadi gelandangan di masjid

Gaji RM3,000 tak cukup duduk KL, siang kerja bank, malam pula jadi gelandangan di masjid. Keselesaan bekerja antara impian dan syarat yang ditetapkan sesetengah individu sehinggakan mereka tidak mengendahkan aspek kebajikan.

Malah ada yang sanggup berkhidmat puluhan tahun di sesebuah organisasi meskipun tidak ditawarkan kenaikan tahunan atau pangkat.

Seperti yang dikongsikan pelayar Facebook Rahimi Mustafa, seorang kakitangan bank dilihat tidur di masjid kerana tidak mampu untuk menyewa rumah mahupun bilik.

Mengakui terkejut dengan situasi tersebut, ujarnya, individu berkenaan dikatakan menghabiskan seluruh gaji bagi membayar hutang.

Gaji RM3,000 tak cukup duduk KL, siang kerja bank, malam pula jadi gelandangan di masjid

“Kita ingat dengan gaji RM3,000 sangat besar. Tapi sebenarnya RM3,000 tu kalau tinggal di Kuala Lumpur, dalam kategori miskin bandar.
“Kalau ada peluang buat kerja part time, buatlah kerja part time,” ujarnya.

Malah Rahimi turut menyarankan supaya orang ramai mencari pekerjaan lain sekiranya syarikat sekarang hanya menawarkan kenaikan gaji yang rendah..

Gaji RM3,000 tak cukup duduk KL, siang kerja bank, malam pula jadi gelandangan di masjid

“Baik pergi risik syarikat lain yang boleh bagi best offer. Hidup ni hanya sekali, tak perlu nak setia sangat pada syarikat yang bekerja sekarang kalau kenaikan gaji tiada dan kenaikan pangkat pun tak ada,” katanya meninggal pesanan.

Pandangan yang diutarakannya itu turut dipersetujui warganet.

Selain berkongsi cerita tentang kesukaran hidup dengan gaji rendah, rata-ratanya beranggapan bahawa kesetiaan kepada syarikat adalah tidak wajar sekiranya kebajikan pekerja tidak dijaga dengan baik meskipun bekerja dalam keadaan selesa.

Ini kerana, setiap individu berhak membuat pilihan sendiri dan menikmati kehidupan dengan lebih baik dalam segala aspek.

“Hidup kita pilihan kita. Terlampau selesa, aku pernah jumpa terlalu setia… gaji naik RM20 setahun pun tunggu.

“Sebab itu saya decide untuk resign. Hidup hanya sekali, so i choose to be happy… rezeki Allah dah janji, jangan risau. Kau setia pun tak ada orang appreciate.

“Tak guna setia pada satu-satu syarikat, ada peluang keluarlah,” luah beberapa netizen.

Tidak kurang juga yang menyelar individu berkenaan kerana mempunyai bebanan hutang yang banyak.

Malah ada yang menyifatkannya sebagai ‘selera’ besar kerana mempunyai bebanan hutang yang tinggi berbanding pendapatan.

Gaji RM3,000 tak cukup duduk KL, siang kerja bank, malam pula jadi gelandangan di masjid

“Apa yang saya nampak… keinginan lagi besar daripada gaji, makan nak sedap saja. Saya cakap untuk diri sendiri, gaji memang tidak sempat simpan.

“Kalau bukan keperluan yang mustahak tak payah buat hutang… saya duduk kampung, ramai yang susah,” ujar beberapa netizen lagi.

Pun begitu, apa yang lebih mengejutkan apabila terdapat beberapa individu yang pernah bekerja sebagai pegawai bank turut mengakui kesukaran hidup yang dialami.

Ada juga yang mengakui tidak berjaya membuat simpanan kewangan untuk kelangsungan hidup pada masa hadapan.

“Saya executive bank pun memang tiada simpanan… tak tahu kat mana yang silap. Pergi kerja semata-mata bayar komitmen.

“Ni realitinya, tapi tak semua bank… ada bank yang kenaikan memang banyak, bank ni ada komersial atau DFI (Institusi Kewangan Pembangunan). Biasa, bank komersial bagi kenaikan gaji okay tetapi kerja jangan cerita la.

“Realiti kehidupan, apabila orang tahu kerja bank… terus orang perli banyak duit. Mampu tersenyum sendiri di sudut hati yang paling dalam,” luah sekumpulan pekerja bank.

Baca Lagi:
Ramai yang belum tahu 49 rahsia kekayaan Syed Mokthar Al-Bukhary sehingga boleh jadi Billionaire Melayu pertama
Tular gambar Tok Mat jumpa pemimpin kanan PN cetus tanda tanya
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
CATEGORIES