Annuar Musa ‘tutup mulut’ isu duit berjuta dalam bilik tidur Muhyiddin

Annuar Musa ‘tutup mulut’ isu duit berjuta dalam bilik tidur Muhyiddin

Annuar Musa ‘tutup mulut’ isu duit berjuta dalam bilik tidur Muhyiddin. Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa masih ‘tutup mulut’ berhubung isu duit dalam bilik tidur Muhyiddin Yassin sebagaimana beliau dakwa dalam satu video di TikTok.

Dalam siaran tersebut, Annuar Musa mengakui Muhyddin membantu Umno ketika menghadapi PRN Sabah.

Persoalannya, dari mana datangnya duit berjuta sebagaimana disebut Annuar? Apa sumber duit tersebut, berapa puluh juta yang diserahkan Muhyiddin dan kepada siapa duit tersebut diserahkan?

Annuar Musa 'tutup mulut' isu duit berjuta dalam bilik tidur Muhyiddin

Keraguan ahli Umno mengenai dakwaan Annuar Musa sudah tidak dapat dibendung apabila Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mendedahkan ada persoalan mengenai perbelanjaan sebanyak RM600 billion semasa Muhyiddin memerintah.

Bagaimanapun selepas merujuk tarikh pelaksanaan Darurat, PRN Sabah telah selesai diadakan pada 2020, sebelum darurat dilaksanakan pada 12/1/2021.

Annuar Musa 'tutup mulut' isu duit berjuta dalam bilik tidur Muhyiddin

Tidak mungkin duit tersebut dari sumber yang disebut sebagai perbelanjaan RM600 billion.

Jadi persoalan besar yang timbul dalam pemikiran rakyat, dari mana Muhyiddin memperolehi sumber kewangan bagi membantu pembiayaan Umno semasa kempen PRN Sabah?

Annuar Musa perlu bertanggungjawab bagi menjelaskan perkara tersebut dan beliau wajib memperincikan ‘sumbangan’ dari Muhyiddin.

Ini sesuatu yang berada di luar jangkaan dan mungkin juga di luar pengetahuan kepimpinan tertinggi Umno.

Malah, Annuar Musa juga bukanlah dalam Kepimpinan Tertinggi Umno untuk berunding atau mengadu kepada Muhyiddin Umno kehabisan duit berkempen.

Beliau ketika itu merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan berada dalam jemaah Kabinet Muhyiddin Yassin.

Baca Lagi:
Ramai yang belum tahu 49 rahsia kekayaan Syed Mokthar Al-Bukhary sehingga boleh jadi Billionaire Melayu pertama
Tular gambar Tok Mat jumpa pemimpin kanan PN cetus tanda tanya
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
CATEGORIES