Festival lelaki bercawat bulan Februari ini, hanya 40 wanita sahaja dibernarkan masuk

Festival lelaki bercawat bulan Februari ini, hanya 40 wanita sahaja dibernarkan masuk

Festival lelaki bercawat bulan Februari ini, hanya 40 wanita sahaja dibernarkan masuk. Festival Jepun yang dikhususkan untuk lelaki sahaja sejak 1650, kini telah menerima ‘kehadiran’ wanita.

Perayaan yang dikenali sebagai Hadaka Matsuri, adalah acara tradisional yang dianjurkan oleh Kuil Konomiya di bandar Inazawa di wilayah Aichi Jepun. Ia dijadualkan berlangsung pada 22 Februari, dan kira-kira 10,000 lelaki tempatan dijangka mengambil bahagian.

Tahun ini, 40 wanita akan dibenarkan melakukan upacara tertentu namun mereka akan kekal berpakaian lengkap, memakai kot happi tradisional. Mereka hanya akan menyertai upacara ‘naoizasa’, yang memerlukan mereka membawa rumput buluh yang dibalut dengan kain ke dalam kawasan kuil.

Festival lelaki bercawat bulan Februari ini, hanya 40 wanita sahaja dibernarkan masuk

Keputusan itu telah dipuji oleh wanita tempatan dan aktivis jantina yang memujinya sebagai satu langkah ke hadapan dalam kempen mereka untuk kesaksamaan.

Difahamkan, semasa acara berlangsung, beribu-ribu lelaki memakai pakaian minima dengan kebanyakan mereka menggunakan cawat Jepun yang dipanggil ”fundoshi” bersama-sama dengan sepasang stoking putih.

Sebagai sebahagian daripada upacara perayaan, lelaki menghabiskan masa awal berlari di sekitar kawasan kuil dan menyucikan diri dengan air sejuk beku dan kemudian menuju ke kuil utama.

Para peserta kemudiannya bergelut untuk mencari dua batang kayu bertuah yang dilemparkan sami kuil bersama 100 berkas ranting yang lain.

Mereka memanggil shin-otoko atau ‘lelaki terpilih’, dan cuba menyentuhnya, kerana dipercayai membawa tuah selama setahun.

Baca Juga:
Doktor dedah cara buat duit tepi yang ramai orang tak tahu, rupanya jual seluar dalam masam yang dipakai sewaktu kerja
Pengajaran yang mana sedang mencari jodoh, sebelum berkahwin wajib tahu sisi ‘gelap’ bakal suami
Rasa tak sedap hati tengok satu keluarga jalan kaki tengah highway, mekanik pusing balik, rupanya memang betul dalam kesusahan nak cari ustaz
CATEGORIES