Empat anggota polis ditahan kes cabul, samun

Empat anggota polis ditahan kes cabul, samun

Empat anggota polis ditahan kes cabul, samun. Empat anggota polis masing-masing tiga berpangkat konstabel dan seorang koperal ditahan bagi membantu siasatan kes samun dan cabul pada Rabu.

Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 28 tahun ditahan susulan pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Bunga, Tanah Merah pada Rabu jam 11.24 malam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, menurut maklumat, mangsa mengenali tiga daripada suspek yang masuk ke rumahnya.

Empat anggota polis ditahan kes cabul, samun

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun merupakan suspek utama terlibat jenayah itu.

“Mangsa juga mendakwa dicabul oleh salah seorang suspek.

“Ujian saringan air kencing kesemua suspek didapati negatif dadah,” katanya di sini pada Sabtu.

Muhamad Zaki memberitahu, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan 354 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Kucing oyen masuk bilik seolah-olah ingin bagitahu sesuatu pada tuanya, rupanya nak bagitahu dia nak mati
Adam Shahz ucap ‘Alhamdulillah dah kahwin’ Fatin Afeefa, satu je nak pesan jangan lupa tarikh 26 Januari nanti
“Tak sangka sampai macam ni nasib mereka”, ibu hanya bagi anak makan nasi kosong gaul minyak masak dan garam sebelum pergi sekolah
CATEGORIES