PMX dedah senarai pelabur dari negara Eropah, Amerika Syarikat, China, India akan datang Malaysia

PMX dedah senarai pelabur dari negara Eropah, Amerika Syarikat, China, India akan datang Malaysia

PMX dedah senarai pelabur dari negara Eropah, Amerika Syarikat, China, India akan datang Malaysia. Kerajaan Perpaduan akan terus memperkasa usaha untuk meningkatkan lagi keyakinan pelabur luar dengan mengamalkan tadbir urus yang baik dan menjadikan Malaysia bebas rasuah.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata ini memandangkan kerajaan mendapat senarai pelabur dari negara Eropah, Amerika Syarikat, China, India serta beberapa negara sekitar Asia yang akan datang dan melihat sendiri perkembangan di Malaysia khususnya dari aspek ekonomi.

“Kita harap ada tumpuan baharu yang boleh meningkatkan dan memacu pertumbuhan ekonomi lebih meyakinkan. Ini perlu kerana Malaysia adalah negara perdagangan yang selama ini mencatat kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan usaha kita menerima pelaburan domestik dan luar negara.
“Selain kestabilan politik dan tadbir urus yang baik, langkah lain yang harus diambil adalah usaha mempercepat proses kelulusan dengan menjamin Malaysia ini bukan tempat pemimpin menggondol kekayaan, bukan mencari helah menerima komisen,” kata beliau.

PMX dedah senarai pelabur dari negara Eropah, Amerika Syarikat, China, India akan datang Malaysia

Perdana menteri berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 yang disiarkan secara langsung menerusi saluran stesen televisyen tempatan malam ini.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran tegas tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana penjawat awam serta badan penguat kuasa yang didapati ‘cuai’ dalam menjalankan tugas dengan meneruskan ‘adegan lama’ mengutip habuan dan menetap kos tambahan.

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan segala kecuaian yang meroboh dan merosakkan negara selama ini. Saya mohon kerjasama kerana saya tahu sejumlah besar penjawat awam dan kelompok kecil ini mengerti dan faham, dan kelompok ini mesti dihapuskan.

“Mudah-mudahan ada keinsafan, jika tidak tindakan tegas dan keras harus diambil,” kata beliau.

Anwar berkata beliau juga tidak mahu kepincangan politik terus berlarutan dan melihat kedudukan serta jawatan sebagai satu kesempatan untuk ‘memunggah’ kekayaan.

“Saya singgung serangan yang mengatakan seolah-olah kami dalam kerajaan terpalit dalam hal-hal sedemikian, saya nak sebut bahawa sikap kita jelas, badan penguatkuasaan diberikan sepenuhnya untuk memantau,” katanya.

Anwar turut mengingatkan agensi kerajaan supaya mengamalkan budaya kesederhanaan dan mengelakkan pembaziran selain akan terus memantau semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk perbelanjaan mereka.

Selain itu, perdana menteri tidak mahu slogan ‘anjakan paradigma’ yang sering dilaung-laungkan tidak diterjemah dengan sebetulnya terutama dalam aspek pembangunan yang membabitkan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi.

“Kita akan teruskan pembangunan tetapi jangan kita remehkan, jangan abai nasib dan kedudukan mereka di peringkat bawah, itu konsep pembangunan yang tertera dalam al-Quran, konsep pembangunan fizikal tidak boleh terlepas daripada nilai hidup, akhlak dan ketakwaan,” katanya.

Sementara itu, bagi menangani isu perkauman sempit dan agama yang menghukum tanpa berlandaskan fakta, perdana menteri berkata kerajaan perpaduan akan memperhebat aktiviti imarah, pengajian dan latihan di masjid bagi anak muda.

Beliau juga mahu ada peningkatan kefahaman agama dalam kalangan umat Islam dan bukan Islam, bagi mengelakkan bibit-bibit Islamofobia yang tertanam sejak zaman penjajah, daripada mempengaruhi dan mengelirukan pemikiran masyarakat.

Baca Lagi:
Penonton maut dirempuh kereta litar lumba Dato Sagor
Muat naik video dalam bilik hotel, netizen nampak kelibat lelaki dalam bilik bersama Tiz Zaqyah
Kisah makcik beli kek hari jadi, bila ditanya nak tulis apa, jawapan dia buat pekerja sebak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *