Duyung terlepas dalam kolam depan KLCC

Duyung terlepas dalam kolam depan KLCC

Duyung terlepas dalam kolam depan KLCC. Tindakan seorang lelaki yang berpakaian seperti wanita dan membuat gangguan di KLCC di ibu negara menerima kecamanan warga maya baru-baru ini.

Menerusi video tular yang dimuat naik di TikTok Hafiz Lazin pada Khamis memaparkan lelaki berkenaan mandi di salah sebuah kolam yang terletak di hadapan KLCC.

“Duyung terlepas di KLCC,” katanya.

Duyung terlepas dalam kolam depan KLCC

Dia yang dilihat santai duduk merendam kakinya di kolam tersebut turut mencuri perhatian orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

Turut kedengaran beberapa orang awam memintanya keluar daripada kolam tersebut.

“Hoi, hoi. Out (keluar), out,” jerit lelaki berkenaan.

@hafizlazin🧞Duyung dah kene tangkap😂

♬ kucing mampus – Kxcingg

Video berdurasi 32 saat itu turut memaparkan lelaki berkenaan dibawa ke lokasi lain oleh polis bantuan yang bertugas di tempat tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi yang berbeza selepas melihat video tersebut.

“Cuaca sekarang kan panas, dia panas sebab itu dia mandi dekat kolam. Rumah dia tidak ada air,” tulis ummi3771.

“Macam-macam perangai manusia sekarang. Patut dapat kecaman masyarakat.,” kata Ahmad Najmuddin.

“Aku syak dia baru lepas main barang (ambil dadah), sebab itu perangai pelik,” kata Shelly Tiew pula.

Baca Lagi:
Ramai tak tahu, rupanya ada 5 jenis kereta yang memiliki cukai jalan paling mahal di Malaysia
Ada yang kenal mereka?, 8 anak muda yang terkaya di Malaysia
Penyelam dari Afrika Selatan terkejut temui Al-Quran dalam dasar laut keadaan masih bersih dan boleh dibaca
CATEGORIES