Dua beradik maut selepas makan sisa makanan dari tong sampah

81644762857 sisatongsampah

Dua beradik maut selepas makan sisa makanan dari tong sampah. Dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi petang ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata polis menerima laporan berhubung kematian dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan Ngei, 2, kira-kira 6.15 petang.

“Siasatan awal mendapati, pada 5.30 petang bapa mangsa yang berumur 36 tahun ternampak dua anaknya berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat kedua-dua mangsa ke rumah jiran berdekatan.

Dua beradik maut selepas makan sisa makanan dari tong sampah

Baca lagi:  Tular video makcik pancing ikan hanya guna botol dan umpan tepung gandum buat ramai netizen terkejut

“Bapa mangsa mendapati mulut kedua-dua anaknya berbuih dan selang beberapa minit kemudian anaknya sudah tidak bernafas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shariman berkata ketika kejadian bapa mangsa keluar bekerja dengan mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan melakukan kerja kampung.

Baca lagi:  Dikatakan mempunyai wajah seiras dengan Shukri Yahya, jurujual kongsi pengalaman

“Mereka tidak mempunyai rumah dan hanya menumpang di rumah jiran di kampung tersebut,” katanya.
Mayat kedua-dua beradik itu dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.