Dongeng itik patah kaki dengan berudu

A23B477A 055F 4BDF 8244 AFADD7C8913C

RENUNGAN

Dongeng itik patah kaki dengan berudu. Apabila rintisan tahlul syiasi antara Pas dengan Umno, Umno dan Pas ditularkan, ramai yang terkejut antara yakin dengan tidak. Tidak kurang juga yang tersenyum membaca laporan itu dengan pesimis dan menganggap ia suatu lelucon. Majlis yang berlangsung di PWTC dengan menanda tangani piagama Muafakat Nasional (MN) pun dijadikan persendaan, tetapi membawa isyarat seperti mahu jadi kenyataan.

Kenapa ada yang pesimis kerana mengingati apa yang pernah dilakukan dan berlaku kedua buah parti itu. Mereka pernah bersama tahun 1970-an, kemudian tidak sampai setengah hari bergaduh dan berpecah semula.

Hinggalah apabila berlaku pilihan raya kecil di beberapa kawasan, tahlul syiasi itu dipraktikan dan menjadi kenyataan. Kedua parti tidak bertanding menentang dan lawan antara satu sama lain. Kedua-duanya berpakat menghadapi PH. Hasilnya mereka menang.

Ada yang bimbang dengan perkembangan itu dan ada yang seronok. Yang bimbang adalah pembangkang kerana ia boleh mencabar mereka. Yang seronok ialah mereka nyang sejak lama ingin melihat berlaku pertautan ukhwah keMelayuan dan keIslaman antara kedua parti itu. Tetapi yang memahami sifat politik dan game politik, melihat dan menerimanya biasa-biasa sahaja.

Kenapa begitu kerana memahami keadaan hidup manusia. Selalunya manusia akan mencari teman bila kesunyian. Akan ingat kepada sahabat apabila susah memerlukan bantuan. Berada di mana sekalipun akan dicari dengan harapan dapat membantunya. Tetapi apabila ia sudah senang, maka kawan tidak lagi diperlukan, waima kawan baik sekali pun yang tinggal di sebelah rumah tidak akan dipedulikan, melainkan bertemu secara tidak sengaja di jalanan. Ini nisbah.

Demikian apa berlaku kepada Pas dan Umno, Umno dan Pas. Mereka sedia merintis kerjasama saling lupa melupai sengketa lama dan membuka episod baru untuk kejayaan masa depan. Seperti perangai manusia tadi saat mereka bersatu dan menyatu itu ketika mereka lemah, terutamanya Umno. Umno baru menerima takdir kalah dalam pilihan raya umum ke-14 dan hilang kerajaan yang dibanggakan. Selepas itulah Najib dan Hadi Awang berpelukan dan menyucuh rokok bersama. Memnyedari mereka serumpun.

Pada masa Umno lemah dan bersedih, Pas juga sedang dirundang rasa sedih dan terkilan apabila kekawannya yang lari kemudian tubuh parti kuping, menang besar dalam pilihan raya. Sembilan daripada ahli parlimen parti kuping itu dilantik memegang jawatan penting, hingga jawatan menteri dan timbalan menteri dan ahli lain dilantik mengisi jawatan dalam agensi kerajaan. Pencapaian cemerlang itu menjadikan Pas malu dan nekad untuk mengatasinya. Pas jadi benar-benar terpukul malu kemalu-maluan.

Demi untuk membalas dendam kepada rakan-rakan Pas mencari peluang apa sahaja. Ini termasuk kerjasama dengan Bersatu selepas dengan Umno. Apabila Pas melihat Bersatu dapat memberi keuntungan besar kepadanya, ia memeluk dan kerabat Bersatu walaupun tidak disenangi Umno. Umno marah tetapi kena faham apa yang dikehendaki Pas sebenarnya.

Pas gunakan alasan untuk perpaduan ummah, menguatkan Melayu dan agama, itu hanya lebong semata-mata, apa yang dimaksudkan jawatan dan kedudukan untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya mereka juga hebat.

Jika difahami situasi itu maka mudah untuk memahami keadaan hari ini kenapa Pas jadi macam motor bot kehabisan minyak dan ketiadaan pendayung. Hanyut dibawa angin ke mana-mana sahaja. Pemimpin mereka tidak peduli ke mana bot itu akan terdampar yang penting mereka berada di atasnya. Berasa seronok meskipun seketika. Yang penting dendam sudah terbalas.

Ramai orang kecewa dan marah dengan sikap Pas itu. Itu tidak mustahak dan perlu diambil kira oleh mereka. Untuk menghalal dan justifikasi tindakan Pas meninggalkan Umno, dituduh Umno dengan berbagai cara dan tuduhan. Di gelar atau diibaratkan Umno sebagai itik kaki patah yang sembuh kerana diubati Pas. Itik itu setetah kaki sembuh hendak melawan bomoh pula. Tok bomoh dan dukunnya ialah Pas.

Sindiran itu pedih buat Umno dan suatu penghinaan dan ia sengaja cari gaduh. Kerana merasa pedih dibalas pula oleh Umno menggelarkan Pas sebagai berudu yang bermain dalam kolam yang ada ikan. Selepas berudu itu tumbuh kaki dan ekor ia akan melompat ke kolam lain untuk mendapat makanan.

Menyimpulkan apa yang berlaku dan terjadi antara Pas dengan Umno, Umno dan Pas, itulah rupa bentuk dan warna politik kita bangsa Malaysia sebenarnya. Prinsip dalam politik hanya setakat di bibir mulut sahaja bukan dalam perbuatan. Cakap politik kononnya untuk membela bangsa dan negeri, padahal politik untuk diri sendiri. Cerita itik patah kaki dan berudu adalah dongeng politik orang Melayu yang terus menjadi penghibur rakyat Malaysia. – MSO

Baca lagi: Kisah Ular dan Itik sebagai pengajaran kepada Pas

Leave a Reply

Your email address will not be published.