Dinosaur T-Rex jadi pengayuh beca raih perhatian ramai

Photo of author

By Joe

Dinosaur T-Rex jadi pengayuh beca raih perhatian ramai. Satu klip video tular di Semarang, Jawa Tengah, yang memaparkan sebuah beca elektronik yang dikayuh oleh patung dinosaur, lapor portal berita iNews.id semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @fourwajikk, seorang lelaki dilihat mengemudikan beca itu tanpa perlu mengayuh sambil memainkan lagu yang rancak.

Lebih menarik, transformasi pengangkutan itu membuatkan ia kelihatan seolah-olah dikayuh oleh ‘binatang’ tersebut.

Dinosaur T-Rex jadi pengayuh beca raih perhatian ramai

“Semasa kecil, saya hanya mampu menonton filem T-Rex di televisyen, kini saya dapat melihatnya di depan mata. Zaman sekarang, T-Rex sudah jinak,” demikian menurut keterangan video itu.

Rakaman tersebut mencatatkan lebih 896,700 tontonan dan 36,500 tanda suka.

“Hilang harga diri T-Rex,” kata seorang netizen.

“Sekarang kuda santai di rumah,” komen netizen lain.

@fourwajikk waktu kecil cuman bisa liat t-rex di tv film jurassic park, eh baru kesampean akhirnya bisa liat langsung t-rexnya. Jaman sekarang t-rexnya dah jinak manusia yeee✌️ #fyp #dinosaurs #trex #simpanglimasemarang ♬ sad SpongeBob music – michael

Baca Lagi:
Penyokong Messi tak keruan selepas Portugal keluarkan syiling khas wajah Cristiano Ronaldo
Senarai 5 rumah pemimpin di Malaysia yang mewah dan indah dipandang
Wanita berstatus isteri orang jadi gila bayang dekat ‘tour guide’ ketika bercuti ke Indonesia, suami mula syak sesuatu ketika naik bot