Cipta sejarah : Lelaki berjaya ‘swap’ motorsikal RXZ dengan tanah lot

Cipta sejarah : Lelaki berjaya ‘swap’ motorsikal RXZ dengan tanah lot

Cipta sejarah : Lelaki berjaya ‘swap’ motorsikal RXZ dengan tanah lot.

Motosikal jenis Yamaha RX-Z ini sudah tidak dikeluarkan lagi, jadi ramai penggemar sanggup berhabis duit untuk mendapatkan barang ‘rare’ ini.

Harga jualan semula motosikal ini telah meningkat naik dengan begitu mendadak, berganda-ganda daripada harga asalnya. Kini, sebuah moto RXZ yang masih baik kondisinya boleh dijual pada harga mencecah puluhan ribu ringgit.

Tetapi, bagi lelaki ini, dia benar-benar mendapat rezeki terpijak apabila seorang pembeli yang membeli RXZ miliknya sanggup menukar motosikal tersebut dengan sebidang tanah lot.

Pemilik akaun Facebook bernama Nik Mohd Zulkiflee telah berkongsi pengalaman itu di satu ‘group’ Facebook Jual Beli semalam.

Cipta sejarah : Lelaki berjaya 'swap' motorsikal RXZ dengan tanah lot

Dalam kemaskini tersebut menunjukkan keadaan motosikal yang berjaya dijual. Lelaki tersebut juga meletakkan bukti pembelian dengan gambar geran tanah yang berjaya ditukar dengan kenderaan tersebut. Berdasarkan gambar geran itu, tanah lot tersebut bertempat di Banggol Setol dengan keluasan 487 meter persegi.

Namun begitu, perkongsian lelaki itu juga mendapat pelabagai komen dari ahli ‘group’ tersebut. Ada yang memberi komen berunsur kecaman ke atas pembeli yang sanggup tukar geran tanah semata untuk sebuah motorsikal. Terdapat juga yang memberi komen bahawa itu semua rezeki lelaki itu.

Terbaru dalam kemaskini terbaru lelaki itu, dia telah pergi ke Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh untuk tujuan menukar nama geran tanah tersebut.

Baca Lagi:

Bakal pengantin berputih mata, tunang lesap bersama wang RM27,000 di lapangan terbang

Kenapa ‘Kangkung’ haram ditanam di Amerika Syarikat? Lelaki ini kongsi cerita sebenar

Tular video aksi merangkak di lantai sekolah, Akhirnya Kak Long buka mulut

 

CATEGORIES