Ceroboh Menara Merdeka 118: ‘Jangan bazirkan duit negara untuk mencari kami di Malaysia’

Ceroboh Menara Merdeka 118: ‘Jangan bazirkan duit negara untuk mencari kami di Malaysia’

Ceroboh Menara Merdeka 118: ‘Jangan bazirkan duit negara untuk mencari kami di Malaysia’. Salah seorang daripada pasangan warga Rusia yang menceroboh Menara Merdeka 118 baru-baru ini menyatakan mereka sudah tiada di Malaysia.

Menerusi hantaran di Instagram pada Selasa individu yang dikenali dengan nama Beerkus itu meminta pihak berkuasa supaya berhenti daripada menjejaki mereka.

“Jangan bazirkan bajet (duit) negara untuk mencari kami di Malaysia. Kami sudah tiada lagi,” katanya.

Ceroboh Menara Merdeka 118: 'Jangan bazirkan duit negara untuk mencari kami di Malaysia'

Sebelum ini, pasangannya, Nikola Angelai mendedahkan perbuatan menceroboh bangunan tersebut.

Jelasnya, misi tersebut dimulakan dengan melakukan penyamaran iaitu memakai tudung, cermin mata dan seragam pekerja bangunan untuk memastikan identitinya tidak dikesan sebaik mungkin.

Dia turut menyatakan bahawa perkara itu tidak disedari oleh mana-mana pihak.

Beerkus bagaimanapun mengakui usaha tersebut tidak mudah dan tindakan mereka memanjat bangunan tersebut adalah bagi meningkatkan daya keyakinan terhadap diri.

“Kami menunggu di tempat persembunyian kecil di dalam Menara Merdeka 118 lebih dari 20 jam dalam keadaan kehabisan air, makanan dan tidak dapat menggunakan tandas serta meregangkan kaki atau bernafas di tengah-tengah semua habuk pembinaan.

“Persediaan kami untuk mendaki mengambil banyak hari. Kawalan bangunan itu telah meningkatkan langkah keselamatan dan kami terpaksa membangun pelan yang kukuh.

“Bagi saya dan Angel, setiap aktiviti pendakian adalah cara untuk mengatasi kebolehan diri,” ujarnya.

Baca Lagi:
Pelakon didenda RM20 kerana mabuk
Ini syarat utama kalau nak kerja di pasaraya Sabasun, – Patutlah makin maju
“Tak ku sangka, tak ku duga”, jiran minta hantar makanan, aku terkejut tengok ada lelaki lain bersama isteri dia dalam rumah
CATEGORIES