Bimbang dimarahi keluarga kerana pulang lewat, murid tahun 4 reka cerita hampir diculik

Bimbang dimarahi keluarga kerana pulang lewat, murid tahun 4 reka cerita hampir diculik

Bimbang dimarahi keluarga kerana pulang lewat, murid tahun 4 reka cerita hampir diculik.

Polis Kedah menafikan ada cubaan culik membabitkan seorang murid Tahun 4, di Taman Angsana, di Kulim, sambil menegaskan laporan insiden berkenaan direka selepas kanak-kanak itu bimbang dimarahi keluarga kerana pulang lewat.

Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad, berkata kanak-kanak itu dalam laporan polis dilakukan 17 Sept mendakwa dia dan abangnya yang berusia 13 tahun berada di sebuah kawasan perumahan, sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang bertanyakan lokasi sebuah sekolah kepada mereka, pada 3.30 petang.

“Kanak-kanak berkenaan memberitahu dia bersama abangnya kemudian pergi menunjukkan lokasi sekolah kepada lelaki terbabit dan mendakwa ketika dalam perjalanan lelaki terbabit berhenti membuang air kecil di kawasan hutan berhampiran.

Bimbang dimarahi keluarga kerana pulang lewat, murid tahun 4 reka cerita hampir diculik

“Ketika itu, kanak-kanak terbabit mendakwa yang dia terdengar lelaki terbabit memberitahu kepada seorang rakan yang dihubungi melalui telefon bimbit tentang rancangan untuk menculiknya,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kanak-kanak itu kemudian mendakwa dia terpaksa berlari ke jalan besar untuk meminta pertolongan daripada seorang lelaki tidak dikenali bagi menghantarnya pulang.

“Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut mendapati kanak-kanak itu membuat laporan polis kerana bimbang dimarahi keluarga selepas dia pulang lewat ke rumah.

“Kita juga sudah memanggil ibu bapa murid berkenaan untuk memberikan penerangan berhubung kes terbabit dan kes diklasifikasi sebagai tiada berlaku sebarang kesalahan (NOD),” katanya.

Hari ini, beberapa mesej yang mendakwa berlaku cubaan culik budak Tahun 4 di Taman Angsana tular selepas ia dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook.

Mesej terbabit mendakwa mangsa berjaya melepaskan diri selepas bergelut dengan penculik berhampiran kolam udang di belakang sebuah sekolah.

Wan Hassan berkata, berikutan itu pemilik akaun Facebook berkenaan sudah memadamkan status yang dimuat naik berkenaan dan polis ingin menasihati orang ramai supaya jangan mudah percaya dan menyebar berita yang tidak sahih lebih-lebih lagi membabitkan isu sensitif.

Baca Lagi:

(VIDEO) Lelaki kencing di atas kubur bekas isteri hampir setiap hari selama 48 tahun

Ebit Lew tiba di Mahkamah pagi ini hadapi 11 pertuduhan

Bapa jutawan, tapi nafkah anak hanya RM5,000 sebulan dedah bekas isteri DDNK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *