“Bila perempuan merajuk jangan buat main”- Tular video wanita merajuk jalan kaki, driver Waja gigih pujuk sampai jem jalan. โBila kekasih mula merajuk.โ
Demikian respons warga net selepas tular sebuah video memaparkan pemandu kereta jenis Proton Waja memujuk seorang wanita, dipercayai kekasihnya di bahu jalan raya.
Menerusi perkongsian video TikTok @Fiedha Coway, wanita itu yang dilihat berjalan seorang diri dipercayai merajuk, akibat timbul salah faham dengan pemandu kereta tersebut.
Dalam video sama, pemandu kereta itu juga membawa kenderaannya secara perlahan bagi memujuk wanita lengkap berbaju kurung biru tersebut.
Meskipun sudah puas dipujuk, namun wanita itu tetap berkeras dan tidak langsung mempedulikan pemandu tersebut.
Namun, apa yang menjadi tumpuan adalah pergerakan kereta tersebut yang dilihat perlahan, sekali gus mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan masa dan lokasi sebenar kejadian, namun ia dipercayai berlaku di Masai, dekat Pasir Gudang, Johor.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun memperoleh lebih 832,600 tontonan, 43,300 tanda suka dan 7,152 Perkongsian.
@fiedhacoway rasanya baru balik jemputan kawin baju sepasang ๐ mugkin ada salah paham . moga baik baik dan dipermudahkan urusannya #jbstyle๐ฅ #fypใท โฌ original sound – ๐๐ฒ๐ฎ๐ญ๐ฑ๐ช ๐ก๐พ๐ผ๐ต๐ช๐ท – ๐ค๐๐ฒ๐ฎ๐ญ๐ฑ๐ช ๐๐ธ๐๐ช๐ ๐
@fiedhacoway Replying to @LonggChaii jauhh akak ni berjalan dengan tak berkasut . kes berat ni .. semoga dipermudahkan urusannya . #fyp #fypใท #jbstyle๐ฅ #kotamasai #kotamasaiproblem โฌ VERSI_Bila kekasih merajuk – ๊ง ๐น.๐๐๐_๐ถ๐๐๐๐๐๐๐ ๊ง
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi, tidak kurang terhibur dengan pasangan tersebut.