“Bakal kahwin tak lama lagi”, Sharnaaz Ahmad akhirnya dedah hubungan sebenar dengan Amelia Christie. Awal Mei yang lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi kriteria wanita yang ingin dijadikan sebagai isterinya yang bukan dari kalangan artis.
“Bakal teman wanita saya nanti bukanlah artis atau pelakon. Cukuplah, biar yang sedang-sedang sudah,” katanya.
Bagaimanapun, pada malam pelancaran filem Polis Evo 3 pada malam Khamis, Sharnaaz hadir bersama pelakon baharu, Amelia Christie, apatah lagi kemesraan mereka yang berjalan sambil berpaut tangan mengundang perhatian banyak pihak.
Apabila ditanya mengenai hubungan mereka, Sharnaaz menjelaskan mereka masih dalam fasa berkawan dan Amelia selepas ini mungkin tidak lagi bergelar sebagai artis.
“Tiada apa-apa, kami masih dalam fasa berkawan. Yang penting kita tengok mana yang terbaik, saya okey saja. Saya berkawan dengan semua orang,” katanya.
Kawal untuk kebaikan apa salahnya?
Mengenai dakwaan suka mengongkong pasang, jelas Sharnaaz, orang ramai tidak perlu ambil tahu dan terpulang kepadanya untuk berbuat apa.
“Saya rasa kalau kita kawal, saya yang nak kawal. Yang hangpa sibuk nak buat apa. Jadi, suka hatilah saya nak bat apa pun,” katanya secara bergurau kepada media.
“Kalau tak kawal, baik kita tak payah pduli. Jadi ikut dialah nak jadi apa dan buat macam mana. Itu hak dia tapi bagi saya kawal tu ada banyak fasa. Kalau kita kawal, tandanya nak dia jadi yang terbaik.
“Kalau kita kawal itu terlalu merepek, maka merepeklah jadinya. Kalau kawal untuk kebaikan, apa salahnya? Daripada dia merambu jadi mat rempit atau bohsia,” katanya.