Anwar umum barisan menteri petang ini

Anwar umum barisan menteri petang ini

Anwar umum barisan menteri petang ini. Anwar Ibrahim mengesahkan dia akan mendedahkan senarai kabinet baru yang ditunggu-tunggu ramai.

Berucap di majlis jamuan Kenduri Rakyat di Tambun, Perak, perdana menteri berkata, pengumuman itu dibuat selepas senarai berkenaan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad.

“Saya buat keputusan persembahkan (senarai anggota kabinet) kepada Tuanku dan Insya-Allah saya akan umumkan barisan menteri pada petang ini,” kata Anwar.

Anwar umum barisan menteri petang ini

Ahli parlimen Tambun itu menjelaskan biasanya jika ada pengumuman penting sebegitu dia tidak akan keluar Putrajaya bagi memberi tumpuan kepada hal-hal berkaitan.

Bagaimanapun, tambah Anwar, dia tidak dapat mengetepikan “panggilan orang Tambun dan orang Perak” yang menunggunya di majlis tersebut.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga menjelaskan, ada “ratusan” orang yang layak untuk dibawa menyertai kabinet baru namun dia terpaksa membuat pilihan kerana jawatan yang disediakan adalah terbatas.

Anwar juga menjelaskan sebelum ini kerajaan sudah bersetuju untuk mengehadkan bilangan jemaah menteri dan pelantikan lain seperti duta khas.

Katanya langkah itu perlu diambil bagi menjimatkan wang negara dan dana tersebut akhirnya akan ‘dipulangkan’ kepada rakyat terbanyak.

Baca Lagi:
Helikopter yang dinaiki Anwar rupanya milik jutawan dari Sungai Petani
Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan
Rumah penyampai radio ditembak individu tidak dikenali
CATEGORIES