Amalan ‘memandikan’ kereta baharu dengan air bacaan Yasin kononnya mahu menolak bala ia perbuatan khurafat

Amalan ‘memandikan’ kereta baharu dengan air bacaan Yasin kononnya mahu menolak bala ia perbuatan khurafat

Amalan ‘memandikan’ kereta baharu dengan air bacaan Yasin kononnya mahu menolak bala ia perbuatan khurafat. Amalan mempercayai bahawa ‘memandikan’ kereta baharu dengan air bacaan Yasin kononnya mahu menolak bala adalah suatu perbuatan khurafat.

Itu jelas ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri berhubung tindakan segelintir umat Islam yang mempercayai bahawa amalan itu boleh melindungi pemilik kereta daripada perkara yang tidak diingini.

Zulkifli menerusi aktikel terbaharu di portal Maktabah Al-Bakri berkata, amalan itu juga jelas tiada sandarannya daripada al-Quran atau Sunnah Nabi SAW.

Amalan ‘memandikan’ kereta baharu dengan air bacaan Yasin kononnya mahu menolak bala ia perbuatan khurafat

“Sesuatu amalan, meskipun ia disangka baik, akan tetapi tidak mempunyai sebarang dalil yang membenarkannya, maka amalan tersebut tertolak.
“Pada zaman kita ini, kereta atau kenderaan lain yang dinaiki boleh kita qiaskan dengan haiwan tunggangan.
“Hal ini kerana kesemuanya mempunyai fungsi yang sama iaitu dijadikan sebagai pengangkutan untuk bergerak daripada satu tempat ke suatu tempat yang lain.
“Maka doa adalah sangat sesuai untuk kita amalkan apabila dikurniakan rezeki yang lebih seperti membeli kenderaan dan sebagainya,” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) itu berkata, ada di antara segelintir masyarakat meletakkan kaifiyat khusus untuk amalan ini termasuk menetapkan beberapa syarat.

Menurutnya, mereka mengatakan bahawa selepas kereta tersebut dimandikan dengan air Yasin, ia perlu dibiarkan selama tiga hari tanpa dimandikan dengan air biasa.

Baca Lagi:
“Perjalanan kisah cinta Watie mirip dengan watak Anjali dalam filem Hindi popular, Kuch Kuch Hota Hai”
Penjaga gol Kelantan FC ditamatkan kontrak selepas tuntut gaji nak tampung isteri bersalin
Panasonic Malaysia nak tutup kilang, beratus-ratus pekerja bakal hilang pekerjaan
CATEGORIES