Agong, Permaisuri berbuka puasa bersama rakyat di Padang MPK1

Agong Permaisuri berkenan berbuka puasa di Padang MPK 1 e1650471499434

Agong, Permaisuri berbuka puasa bersama rakyat di Padang MPK1.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 semalam.

Baginda yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda-anakanda berangkat tiba di bazar Ramadan Mahkota Square pada jam 6.30 petang.

Ketibaan baginda disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf, dan Datuk Bandar MBK, Datuk Hamdan Hussin.

Agong, Permaisuri berbuka puasa bersama rakyat di Padang MPK1

Seterusnya baginda berdua berkenaan membeli juadah selain beramah mesra bersama peniaga di bazar Ramadan terbabit.

Antara juadah yang berkenan dibeli baginda ialah pulut panggang, sotong dan ayam goreng.

Sebelum berbuka, Al-Sultan Abdullah dan Permaisuri Agong mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai yang datang berbuka puasa di padang awam itu.

Aktiviti berbuka puasa di padang berkenaan menjadi tradisi baginda setiap Ramadan kecuali pada 2020 dan 2021 kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baca Lagi:

Kes basikal lajak : Saksi tampil dedah perkara sebenar yang berlaku, ramai yang tertipu

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Isteri meraung mohon ampun setelah ditangkap curang ketika suami solat terawih

Leave a Reply

Your email address will not be published.