Suami kantoi dating dengan ‘penyondol’, mereka kahwin dalam tempoh idah

Suami kantoi dating dengan ‘penyondol’, mereka kahwin dalam tempoh idah

Suami kantoi dating dengan ‘penyondol’, mereka kahwin dalam tempoh idah. Seorang lelaki bergelar suami yang pada awalnya bersikap ‘family man’ berubah menjadi dingin dan panas baran dek kehadiran orang ketiga.

Suami kantoi dating dengan ‘penyondol’

Kisah tersebut dikongsikan semula oleh seorang peguam Syarie iaitu Nor Asyiqin. Siapa sangka, seorang suami dan bapa yang sering meluangkan masa dengan bercuti bersama keluarga berubah dalam sekelip mata dan menjadi seorang yang sangat sibuk selain sering ke outstation.

Suami kantoi dating dengan ‘penyondol’, mereka kahwin dalam tempoh idah

Akhirnya semua terbukti apabila isteri muncul ketika si suami sedang berdating dengan si skandal. Si skandal bermati-matian menafikan sedang jalin hubungan dengan suami manakala si suami sudah tidak mampu menipu kerana kebenaran telah dirakam oleh isteri.

Kerana masih sayangkan rumah tangga, si isteri masih memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah namun usahanya sia-sia apabila si suami akhirnya nekad memfailkan perceraian.

Ketika dalam tempoh iddah, si suami telah pun berkahwin dengan wanita tersebut. Dan sebaik sahaja mereka berkahwin, si skandal yang kini telah menjadi isteri terus menghantar whatsapp memaki hamun si isteri yang kini telah bergelar bekas isteri. Rasa puas kerana dapat memiliki lelaki tersebut di samping menggelar si bekas isteri “Sundal”.

Lebih mengejutkan apabila si isteri mendakwa dia mengetahui suaminya berlaku curang selepas wanita terbabit menghubunginya dan mendedahkan perkara sebenar mengenai hubungan mereka.

Hasil risikan dari rakan-rakan lelaki wanita itu juga, mereka menyatakan ramai lelaki bujang ingin cuba mendekati wanita tersebut namun semua ditolaknya dan mereka tidak sama sekali menyangka wanita tersebut menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Baca Lagi:
Orang ramai tidak perlu lagi bawa lesen memandu secara fizikal – JPJ
Ahli Parlimen letak jawatan selepas kantoi tengok video lucah ketika perbahasan isu negara
Memandu pakai selipar atau berkaki ayam akan disaman?, Ini penjelasan JPJ ramai yang belum tahu
CATEGORIES