Pengusaha dobi terkejut, selama ini dapat job cuci karpet sejadah rupanya dari rumah PM10

Pengusaha dobi terkejut, selama ini dapat job cuci karpet sejadah rupanya dari rumah PM10

Pengusaha dobi terkejut, selama ini dapat job cuci karpet sejadah rupanya dari rumah PM10. Sejak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap menjadi sebutan ramai. Dari sejarah politik sehingga ke kehidupan peribadi menjadi sorotan.

Kali ini, seorang pengusaha dobi telah berkongsi tentang satu perkara yang dia langsung tidak jangka apabila pelanggannya yang kerap menghantar karpet sejadah untuk dicuci rupanya Perdana Menteri Malaysia.

Kerap ambil dan hantar karpet sejadah untuk dicuci

Pengusaha dobi terkejut, selama ini dapat job cuci karpet sejadah rupanya dari rumah PM10

Mana tidaknya, Siti Subaiyah Shahudin memaklumkan ketika kediaman PM di Sungai Long menjadi sorotan media ketika Pilihan Raya Umum (PRU) tempoh hari, dia baru mengetahui bahawa ia adalah kediaman Anwar Ibrahim.

Hal ini susulan sebelum ini dia dan pekerja kerap mengambil dan menghantar karpet sejadah di kediaman tersebut apabila diminta untuk membersihkannya.

Seperti tuan rumah sering buat majlis ilmu

Pengusaha dobi terkejut, selama ini dapat job cuci karpet sejadah rupanya dari rumah PM10

Jelasnya lagi di Facebook, karpet sejadah yang diambil dari kediaman di Sungai Long itu seakan sering digunakan sepertinya tuan rumah kerap memanggil pelajar tahfiz ataupun mengadakan majlis ilmu di rumah.

Kali ini, selepas tuan rumah menghantar sekali lagi karpet ke dobi mereka, barulah Siti Subaiyah tahu siapa pemilik rumah tersebut sebenarnya.

Dikesempatan itu, pemilik dobi berkenaan telah mengucapkan terima kasih kepada ‘pemilik kediaman’ tersebut kerana sudi menggunakan khidmat mereka untuk mencuci karpet sejadah dan mendoakannya agar terus dirahmati Allah S.W.T.

Baca Lagi:
Lelaki berjaya naikkan ikan patin terbesar didunia 190kg selepas bertarung 90 minit
Guna payWave atau pin kad debit ketika bayar di kaunter, mana lebih selamat?
Jarang nampak dikaca tv sekarang, ini keadaan terkini Salih Yaacod setiap hari makan telur goreng dan sardin
CATEGORIES