6 kisah bintang bola sepak Malaysia yang kahwin dengan artis

6 kisah bintang bola sepak Malaysia yang kahwin dengan artis

6 kisah bintang bola sepak Malaysia yang kahwin dengan artis. KISAH bintang bola sepak bercinta atau berkahwin dengan selebriti terutamanya pelakon atau penyanyi bukan lagi perkara asing dalam kancah sukan itu di negara ini.

Di luar negara misalnya, kisah percintaan dan perkahwinan bekas bintang Manchester United dan England, David Beckham menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi kumpulan Spice Girls, seolah-olah menjadi pencetus kepada trend tersebut.

Selain Beckham dan Victoria, legenda Belanda, Wesley Sneidjer juga menemukan jodoh dalam kalangan selebriti apabila mengahwini Yolanthe Cabau yang merupakan pelakon dan hos televisyen.

6 kisah bintang bola sepak Malaysia yang kahwin dengan artis

Satu lagi pasangan popular adalah bintang Sepanyol dan Barcelona, Gerad Pique yang bertemukan jodoh dengan penyanyi Latin terkemuka, Shakira.

Di Malaysia, ‘nilai saham’ pemain bola sepak juga semakin meningkat apabila ada selebriti memilih pasangan hidup mereka dalam kalangan bintang sukan tersebut.

Berikut Majoriti senaraikan enam perkahwinan antara bintang bola sepak negara dengan selebriti tanah air.

1. Nasir Baharuddin & Annie Mosha

6 kisah bintang bola sepak Malaysia yang kahwin dengan artis

Bekas kapten Perak FA, Nasir Basharuddin atau dikenali sebagai Acer sah menjadi suami kepada Annie Mosha, seorang artis tempatan yang berlakon dalam ‘Leftenan Zana’

Acer dan Annie telah melangsungkan perkahwinan mereka di Putra Glass Hall yang bertempat di Kampung Bukit Lanchung, Shah Alam pada 22 Januari 2023.

Semoga perkahwinan mereka dirahmati dan diberkati oleh Tuhan.

2. Datuk Zainal Abidin Hassan & Fyna Jebat

6 kisah bintang bola sepak Malaysia yang kahwin dengan artis

Bekas pemain bola sepak pasukan Selangor dan Pahang, Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya mendedahkan perkahwinan keduanya bersama pelakon Fyna Jebat.

Zainal dilaporkan mengikat jodoh bersama isteri keduanya itu pada awal Januari 2023 tetapi hanya diketahui umum pada pertengahan bulan Januari 2023.

Sebelum berkahwin dengan Fyna, Zainal telah berkahwin dengan Datin Zalina Haji Zaini pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga orang anak, di mana salah seorang anak beliau iaitu Mohd Zaiza telah mengikut jejaknya di dalam industri bola.

Namun pada 23 Januari, dilaporkan bahawa Datin Zalina telah bergaduh dengan Fyna Jebat di sebuah kedai makan, di Shah Alam dan dikatakan punca pergaduhan itu bermula daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Fyna dalam satu program rancangan realiti televisyen.

Perbezaan umur Zainal dan Fyna iaitu berjarak 31 tahun kelihatannya tidak memberi impak kepada hubungan pasangan itu.

3. Haziq Nadzli & Eyra Hazali

6 kisah bintang bola sepak Malaysia yang kahwin dengan artis

Hazirah Qasdina Hazali atau lebih dikenali dengan nama komersial Eyra Hazali, yang mula berlakon sejak kecil lagi melangsungkan perkahwinan dengan seorang penjaga gol daripada pasukan bola sepak Johor Darul Takzim iaitu Haziq Nadzli pada November 2019.

Pasangan muda ini dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Hayder Qhalish Haziq pada tahun 2020 dan Endra Haziq yang lahir pada Julai 2022.

4. Zaquan Adha & Ayu Raudhah

6 kisah bintang bola sepak Malaysia yang kahwin dengan artis

Zaquan Adha, seorang pemain bola sepak yang terkenal kerana mempunyai kembar seiras menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon, Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan pada 2011.

Untuk pengetahuan umum, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha mempunyai jarak umur tiga tahun di mana Ayu lebih tua berbanding Zaquan dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang anak dan kini mereka bakal menimbang anak yang keenam.

5. Safawi Rasid & Syifa Melvin

6 kisah bintang bola sepak Malaysia yang kahwin dengan artis

Safawi Rasid, seorang pemain profesional bola yang sedang bermain secara pinjaman untuk Liga Thailand di bawah kelab Ratchaburi baru sahaja melangsungkan perkahwinan beliau dengan Syifa Melvin, seorang pelakon dan juga adik kepada Syatilla Melvin

Desas-desus percintaan mereka yang mula muncul pada 2019 akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin yang bertempat di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 28 November 2022 lepas.

6. Izham Tarmizi & Mia Ahmad

6 kisah bintang bola sepak Malaysia yang kahwin dengan artis

Seorang lagi penjaga gol JDT, Izham Tarmizi yang dipinjamkan ke Sri Pahang FC telah berkahwin dengan Shamiha Ahmad Baderi atau pun lebih dikenali dengan nama Mia Ahmad.

Pasangan dua sejoli itu berkahwin pada 2017 dan dinikahkan oleh bapa Mia Ahmad, iaitu Ahmad Baderi di Villa Sentosa, Taiping, Perak.

Meskipun rumah tangga mereka pernah bergolak dek kerana orang ketiga, tetapi mereka masih kekal sehingga sekarang dan baru sahaja menimang anak ketiga pada minggu lepas.

Baca Lagi:
Lelaki siar foto makanan dapat selamatkan nyawa sendiri
Polis sahkan mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
Pelakon veteran Mak Mah dakwa dirinya takut lelaki, tapi pegang rekod kahwin 5 kali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *