27 MP BN masih belum mengadap Agong timbul tanda tanya

27 MP BN masih belum mengadap Agong timbul tanda tanya

27 MP BN masih belum mengadap Agong timbul tanda tanya. Seramai 27 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) setakat ini belum dilihat hadir di Istana Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setakat pukul 12.28 tengah hari ini, tidak dapat dipastikan sama ada mereka hadir atau tidak memandangkan BN sebelum ini memohon untuk menangguhkan sembah menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, tiga pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) dan wakil pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat meninggalkan Istana Negara selepas hampir 40 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, kesemua mereka tidak memberhentikan kenderaan dan memberikan sebarang kenyataan hasil daripada sesi berkenaan.

27 MP BN masih belum mengadap Agong timbul tanda tanya

Mereka ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohammad Hasan serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Pemimpin BN yang memasuki Istana Negara pada pukul 10.45 pagi dilihat meninggal Istana Negara pada pukul 11.25 pagi.

Baca Lagi:
Zahid, Tok Mat keluar dari pintu 2 Istana
Agong boleh perintah secara isytihar darurat jika tiada jalan penyelesaian – Ku Li
Wakil GPS pula dititah menghadap Agong – Sumber
CATEGORIES