Wanita dihalau balik dari temu duga kerana muka tak sama dalam resume, mengaku guna filter

Photo of author

By Joe

Wanita dihalau balik dari temu duga kerana muka tak sama dalam resume, mengaku guna filter. Seorang wanita mendakwa dia dilarang untuk mengikuti sesi temu duga di sebuah kedai kosmetik popular di ibu negara kerana gambar profil pada borang maklumat dirinya diambil menggunakan ‘filter’ (suntingan).

Menerusi luahan wanita itu di aplikasi X, dia berkata bahawa pada awalnya pihak pengurusan kedai tersebut menghubunginya untuk menghadiri sesi temu duga sebagai pembantu jualan.

“Dah hantar resume (dokumen ringkas maklumat peribadi) melalui emel setelah melihat iklan jawatan kosong di media sosial. Lepas seminggu, pihak pengurusan menghubungi saya untuk mengatur sesi temu duga.
Wanita dihalau balik dari temu duga kerana muka tak sama dalam resume, mengaku guna filter
Gambar sekadar hiasan
“Bila sampai, mereka mengatakan muka saya tidak sama seperti dalam resume. Mereka minta saya pulang dan melarang saya untuk menghadiri temu duga. Saya mengaku menggunakan ‘filter’ semasa muat naik gambar profil. Tak sangka itu menjadi punca saya gagal dalam temu duga,” luahnya.

Wanita itu turut mempersoalkan sama ada kecantikan wajah menjadi kriteria utama dalam pemilihan pekerja.

“Adakah hanya yang cantik sahaja yang layak untuk kerja? Adakah kedai itu akan laku hanya kerana semua pekerjanya cantik?” soal wanita tersebut.

Namun, meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengecam wanita itu serta mempertikaikan persoalannya mengenai isu kecantikan.

“Kau pun guna ‘filter’ untuk nampak cantik dalam gambar. Majikan pun terkejut bila gambar nampak putih gebu, tapi yang datang hitam kelabu,” kata Zack.

“Kalau kedai kosmetik, alat solek, kebanyakan memang pentingkan kecantikan serta kekemasan pekerja.

“Lain la kalau awak mohon kerja di kedai ayam, di belakang tabir, wajah lawa jadi bonus. Tetapi jika jawatan atau tugasan awak adalah untuk ‘pancing’ pelanggan, awak kena ada pakej yang sesuai, sama macam model,” terang Azuni.

Baca Lagi:
Lelaki bawa masuk anjing kedalam pejabat imigresen undang kecaman
Perodua Alza bawa 10 pelajar sekolah agama terjunam dalam sungai, tiga kanak-kanak lemas
Pengantin perempuan dirasuk, berkelakuan aneh di atas pelamin gemparkan tetamu