“Wajib letak dekat mall! Penatlah turun parking je ambik gambar tiang”, – Wanita kongsi teknologi ‘Find My Vehicle’ di tempat parkir
“Wajib letak dekat mall! Penatlah turun parking je ambik gambar tiang”, – Wanita kongsi teknologi ‘Find My Vehicle’ di tempat parkir. Isu terlupa petak parking kereta ketika berada di mall atau bangunan yang besar sememangnya wujud.
Oleh sebab itu ramai yang menangkap gambar nombor yang ada di tiang berdekatan tempat parking bagi memudahkan kita mencari kenderaan.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah keluarga sedang mencari kereta mereka selepas pulang daripada melancong telah menjadi tumpuan ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @natazsyah.roslan, seorang perempuan akui kagum melihat alat mengesan parkir kenderaan di Lapangan Terbang KLIA.
Dapat kita lihat, pengguna hanya perlu menaip nombor plat kenderaan lalu skrin akan memaparkan kedudukan kenderaan.
Malah, alat itu juga turut menunjukkan tingkat dan lokasi dengan terperinci di mana tempat sebenar kenderaan itu parking.
“Kakak je ke baru tau kewujudan benda ni?” ujarnya di ruangan kapsyen
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja melihat kecanggihan alat pengesan parkir itu malah berharap agar setiap mall memiliki alat tersebut agar lebih memudahkan kita untuk mencari kenderaan.
“Wajib letak dekat mall! Penatlah turun parking je ambik gambar tiang” – Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga akui mereka hanya menangkap gambar tiang sahaja sejurus turun daripada kenderaan agar tidak sesat mencari kereta.
Antara komen warga maya:
Video yang tular dilaman TikTok:
@natazsyah.roslankakak je ke baru tau kewujudan benda ni?🤣🤣♬ original sound – Faeez Cikelon