Ular sebagai teman, seorang gadis cantik usia 14 tahun pelihara 6 ekor ular sawa

Page21 A 03082020

Ular sebagai teman, seorang gadis cantik usia 14 tahun pelihara 6 ekor ular sawa. Setakat ini apakah binatang peliharaan para pembaca? Ikan? Kucing? Bagi penulis, binatang yang pernah dijadikan peliharaan, kucing, ikan dan monyet. Namun berbeza pula dengan seorang remaja yang berasal dari Indonesia yang mempunyai hobi yang pelik menjadikan ular sawa sebagai binatang peliharaannya sejak berusia empat tahun. Apa yang mengejutkan lagi, beliau seorang wanita yang biasa kita dengar kaum yang geli dan takut kepada ular.

Remaja yang dikenali sebagai Chalwa Ismah Kamal ini menjadi perhatian selepas beliau memuat naik video rutin hariannya bermain, mandi dan berpelukan bersama ular peliharaannya yang tular di media sosial. Chalwa dikatakan memelihara enam ekor ular sawa bersaiz besar di rumahnya di Purworejo, Jawa Tengah sejak usianya empat tahun dan tidak timbul langsung rasa takut apabila dikelilingi haiwan itu. Adakah pembaca sanggup menjadikan ular sebagai peliharaan?

Baca lagi:  Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.