‘Tak Pernah Dibuat Orang’, Gelagat lelaki ini halau anjing raih perhatian ramai

Photo of author

By Joe

‘Tak Pernah Dibuat Orang’, Gelagat lelaki ini halau anjing raih perhatian ramai. Tindakan seorang lelaki yang seolah-olah menari ketika cuba menghalau seekor anjing yang meluru ke arahnya di hadapan rumahnya menarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah video berdurasi sembilan saat yang dikongsi oleh pengguna TikTok, Nr Dahlia Rostam, kelihatan seorang lelaki cuba menghalau anjing di hadapan rumahnya sambil melompat ke kiri dan kanan seolah-olah sedang menari.

Pada mulanya, anjing itu kelihatan berlari pantas ke arah lelaki tersebut sebelum dia memulakan ‘tariannya’.

'Tak Pernah Dibuat Orang', Gelagat lelaki ini halau anjing raih perhatian ramai

Tidak disangka, haiwan tersebut membatalkan niatnya untuk menyerang lelaki itu.

Sementara itu, di ruangan komen, ramai pengguna memberikan pelbagai reaksi dan merasa terhibur dengan cara lelaki itu menghalau anjing tersebut.

“Anjing pun keliru apa yang perlu dibuat. Mulanya ingin mengejar, tetapi tiba-tiba diajak menari,” ujar Meetmahkidal.

“Pandai pula anjing itu ikut langkah. Terhibur pagi-pagi ni,” kata Bonda Acu pula.

@nrdahliarostam Lari ❌ Joget ✅ #fyp #masukberanda #shampopiaipoh #fypシ ♬ Joget Angan Tak Sudah _ Jay Jay – Azrijiwang98

Baca Lagi:
Wanita dihalau balik dari temu duga kerana muka tak sama dalam resume, mengaku guna filter
Pengantin perempuan dirasuk, berkelakuan aneh di atas pelamin gemparkan tetamu
Kelibat anjing di puncak Piramid Giza buat orang ramai rasa pelik