Potong barisan tunggu teksi, lelaki diludah mat saleh ‘atas muka’

Potong barisan tunggu teksi, lelaki diludah mat saleh ‘atas muka’

Potong barisan tunggu teksi, lelaki diludah mat saleh ‘atas muka’. Seorang lelaki diludah mat salih disebabkan merebut semula tempat beratur yang dipotong lelaki tersebut ketika menunggu teksi.

Menerusi perkongsian hantaran @brdthrnry di Twitter, ketika dia sedang beratur menunggu teksi secara tiba-tiba datang seorang lelaki memotong barisannya.

“Baru sahaja mengalami kejadian yang tidak menyenangkan hari ini. Saya betul-betul beratur untuk menaiki teksi dan datang pula seorang mat salih yang kebetulan memotong barisan.
“Apabila teksi tiba, saya cepat-cepat masuk dan menepisnya untuk beratur tetapi yang mengejutkan saya, dia meludah saya,” katanya dalam hantaran itu.

Potong barisan tunggu teksi, lelaki diludah mat saleh 'atas muka'

Menurut gambar yang dimuat naik, dipercayai kejadian tersebut berlaku di ruangan menunggu bas Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park, Kuala Lumpur.

Sementara itu, orang ramai turut berkongsikan pengalaman yang sama apabila berdepan dengan individu yang berperangai sedemikian ketika menunggu pengangkutan awam.

“Pernah jadi dekat diri saya juga, namun pemandu teksi tahu saya menunggu lebih awal daripada orang yang memotong barisan. Selepas naik teksi dia menjerit dekat saya,” kata @millanials

“Saya pula masa dalam LRT, masa nak keluar (tren) dia tolak nak keluar cepat-cepat, saya terus marah ‘mat salih’ itu depan-depan,” kata @iamrafffffff.

“Lagi satu mat salih paling susah pakai pelitup muka dalam kenderaan pengangkutan awam,” kata @hakimilotabur.

Baca Lagi:
Lans koperal tembak isteri mohon ziarah kubur isteri selepas didakwa, sekali ini jawapan Majistret
18 tahun dijaga keluarga angkat, sekali jumpa keluarga kandung buat ‘projek’ dengan bapa sendiri sampai hamil
Senarai harta kekayaan Tun Mahathir didedah portal bernilai RM188 billion
CATEGORIES