Panas!!! Pemimpin Umno tiba di WTC, perjumpaan khas bersama 191 ketua bahagian Umno

Panas!!! Pemimpin Umno tiba di WTC, perjumpaan khas bersama 191 ketua bahagian Umno

Panas!!! Pemimpin Umno tiba di WTC, perjumpaan khas bersama 191 ketua bahagian Umno. Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kelihatan ceria ketika tiba pada perjumpaan khas dengan semua ketua bahagian termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Himpunan terbesar Umno ini dibuat selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Jumaat lalu memaklumkan parti itu mencapai konsensus supaya pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Dilihat memasuki secara bersama ke dalam dewan adalah Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan Naib Presiden Khaled Nordin.

Panas!!! Pemimpin Umno tiba di WTC, perjumpaan khas bersama 191 ketua bahagian Umno

Ismail kelihatan memasuki dewan bersama Naib Presiden Mahdzir Khalid.

Semalam, memetik sumber pertemuan hari ini merupakan himpunan terbesar dan terakhir Umno sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15.

Sementara itu Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata enggan mendedahkan agenda mesyuarat bersama 191 ketua bahagian hari ini.

“Selepas mereka berucap barulah saya tahu,” katanya sambil ketawa.

Baca Lagi:
Selepas mahu hadir ke parlimen, Najib mohon Jabatan Penjara benarkan balik ke Pekan pula
CIMB akan tutup 12 cawangan berkuatkusa 17 Oktober
Bantuan BKM tambahan RM500 untuk semua, semak sekarang
CATEGORIES