Kantoi cium mulut?, akhirnya Baby Shima bersuara

Kantoi cium mulut?, akhirnya Baby Shima bersuara

Kantoi cium mulut?, akhirnya Baby Shima bersuara. Baru-baru ini, penyanyi serta pelakon, Baby Shima meluahkan rasa berang di laman Instagram kerana dikatakan terdapat individu yang menabur fitnah tentang dirinya.

Tuduhan yang dibuat oleh individu terbabit adalah berkaitan dengan satu babak yang mengatakan dirinya melakukan adegan bercium dalam filem terbaru berjudul BIKO.

Di dalam hantaran yang dimuat naik, Baby Shima hilang kata-kata apabila ingin menjawab pertanyaan seorang netizen yang mahukan kepastiaan daripadanya mengenai tuduhan terbabit.

Kerana merasakan tuduhan yang dibuat oleh individu tersebut melampaui batas, pelakon berkenaan sempat meluahkan bahawa dia boleh saja menyaman individu itu kerana menabur fitnah.

Bukti dah ada dalam filem tu, kalian memang saja nak kenakan shima kan!

Selain meluahkan rasa kesal, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu juga berkongsikan beberapa tangkap layar soalan yang diberikan oleh netizen yang tuduh dia bercium dengan pelakon lelaki yang dikenali sebagai Azrel Ismail.

Kantoi cium mulut?, akhirnya Baby Shima bersuara

Susulan luahan penyanyi tersebut mengenai tuduhan tanpa bukti itu, ramai netizen menyokong Baby Shima untuk menyaman individu yang fitnahnya sebagai pengajaran buat mereka untuk tidak buat lagi di masa hadapan.

Baca Lagi:
Tular video Myvi berada dalam laut akhirnya terjawab..
Dalam IC pun ada duit, ini cara nak claim
Duit tersilap masuk RM49.2 juta dalam akaun bank, pasangan ini sempat beli 4 buah rumah, akhirnya ini yang terjadi
CATEGORIES