Kancil jalan ‘gostan’ di tengah jalan raya raih pelbagai reaksi orang ramai

Kancil jalan ‘gostan’ di tengah jalan raya raih pelbagai reaksi orang ramai

Kancil jalan ‘gostan’ di tengah jalan raya raih pelbagai reaksi orang ramai. Kemajuan teknologi dan kemudahan media sosial yang ada pada masa kini menyebabkan orang ramai semakin senang untuk berhubung serta berkongsi momen-momen yang dirakam oleh mereka buat tatapan orang ramai.

Oleh kerana itu, pelbagai video atau gambar yang menarik serta aksi-aksi pelik dan unik yang berlaku di luar sana dapat dilihat oleh pelbagai lapisan masyarakat menerusi media sosial yang ada.

Kereta berjalan secara mengundur di atas jalan raya

Kancil jalan 'gostan' di tengah jalan raya raih pelbagai reaksi orang ramai

Seperti baru-baru ini, tular satu rakaman di media sosial yang memperlihatkan sebuah kereta sedang berjalan dalam keadaan berundur di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Facebook We Are Malaysians, insiden Perodua Kancil berwarna putih yanng bergerak secara ‘gostan’ itu di Jalan Kamaruddin-Jalan Sultan Omar dekat SM (A) Khairiah, Kuala Terengganu.

Belok ke kanan dan berhenti di hadapan kenderaan dari arah bertentangan

Pada video sama, kelihatan kereta itu membelok ke simpang kanan sebelum ia berhenti di hadapan barisan kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat di laluan bertentangan.

Tidak lama selepas itu pemandu kancil terbabit kembali memusingkan kenderaannya dan masuk semula ke jalan utama dalam keadaan masih berundur.

Raih pelbagai reaksi, kemungkinan masalah ‘gearbox’

Aksi aneh yang dilakukan oleh pemandu kancil terbabit ternyata mendapat pelbagai reaksi oleh pengguna media sosial.

Tidak hanya itu, mereka juga mengatakan berkemungkinan besar kereta terbabit mempunyai masalah gearbox dan tidak boleh bergerak ke depan.

Kancil jalan 'gostan' di tengah jalan raya raih pelbagai reaksi orang ramai

Kancil jalan 'gostan' di tengah jalan raya raih pelbagai reaksi orang ramai

Tindakan berbahaya boleh menyebabkan kemalangan, sepatutnya hubungi ‘tow truck’

Bagaimanapun, tindakan pemandu terbabit dikecam segelintir individu kerana membahayakan dan mampu menyebabkan kemalangan.

Pemandu itu juga sepatutnya menghubungi trak tunda (tow truck) untuk membawa keretanya ke bengkel membaiki kenderaan.

Kancil jalan 'gostan' di tengah jalan raya raih pelbagai reaksi orang ramai

Kancil jalan 'gostan' di tengah jalan raya raih pelbagai reaksi orang ramai

Setakat artikel ini ditulis, kami tidak menerima sebarang maklumat tambahan mengenai kejadian tersebut, semoga urusan pemandu terbabit dimudahkan.

Baca Lagi:
“Sudu besar ke sotong yang kecik?”, netizen berdekah tengok nasi goreng sotong lelaki ini order
Takut jatuh miskin, wanita tinggal bersama mayat ibu selama 2 tahun dalam rumah
Wanita berkelulusan tinggi ada kerja sedap tapi sanggup letak jawatan sebab rasa lebih bahagia berniaga tepi jalan
CATEGORIES