Makcik ‘Cleaner’ sembang dalam bahasa Jepun di Masjid Negara buat netizen terpegun

Makcik 'Cleaner' sembang dalam bahasa Jepun di Masjid Negara buat netizen terpegun

Makcik ‘Cleaner’ sembang dalam bahasa Jepun di Masjid Negara buat netizen terpegun.

Mempelajari bahasa yang baru boleh memberikan banyak kebaikan kepada seseorang individu kerana mampu meningkatkan kemahiran diri untuk digunakan pada masa depan misalnya mudah menceburi pasaran kerja dan sebagainya.

Paling best bila kita dapat bergaul dengan mudah oleh masyarakat tertentu yang menggunakan bahasa yang kita sedang pelajari.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita berumur yang kelihatan fasih bercakap bahasa asing di sebuah masjid di ibukota Kuala Lumpur.

Makcik ‘cleaner’ sembang dalam bahasa jepun

Video berdurasi 47 saat yang telah tular di media sosial memaparkan seorang makcik yang sangat fasih dalam berbahasa jepun di Masjid Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Makcik yang memegang mop tersebut merupakan pekerja pembersihan di masjid itu dan dilihat sedang bersembang bersama delegasi Jepun.

@lagumalaysiaindonesia makcik ni boleh cakap japan , english , ntah2 bahasa lain pon pandai .. #makcik #jepun #japan #malaysia #trending #foryou #fy #viral ♬ original sound – Lagu Malaysia Dan Indonesia

Melalui video tersebut, ia boleh dijadikan contoh kepada semua rakyat Malaysia dan membuka mata masyarakat bahawa pekerjaan yang biasa juga mampu meningkatkan kemahiran dalam pembangunan diri.

Netizen kagum, ada yang bagitahu rupanya makcik tu adalah bekas pensyarah!

Video tersebut meraih reaksi positif daripada netizen dan rata-rata daripada mereka kagum melihat gaya makcik itu bersahaja dalam berkomunikasi dalam bahasa jepun.

Namun lebih menarik lagi ada netizen yang cakap rupanya makcik itu adalah bekas pensyarah yang sudah bersara dan meluangkan masa lapangnya untuk bekerja sebagai pembantu pembersihan.

Makcik 'Cleaner' sembang dalam bahasa Jepun di Masjid Negara buat netizen terpegun

Makcik 'Cleaner' sembang dalam bahasa Jepun di Masjid Negara buat netizen terpegun

Makcik 'Cleaner' sembang dalam bahasa Jepun di Masjid Negara buat netizen terpegun

Wah seronok tengok makcik ni bicara dalam bahasa Jepun! Min nak belajar jugalah bahasa baru….nak belajar bahasa korea hehehe!

 

Baca Lagi:

Penemuan yang merisaukan dunia, 91 gunung berapi aktif dibawah dasar lapisan Ais Antartika

Lima bilion manusia akan mati jika perang nuklear meletus antara Amerika – Rusia

Budak dua tahun balas dendam gigit ular sampai mati selepas kena patuk dibibir

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.