Wanita nyaris maut jatuh berguling dari tingkap kereta ketika asyik lakukan tarian gelek

Wanita nyaris maut jatuh berguling dari tingkap kereta ketika asyik lakukan tarian gelek

Wanita nyaris maut jatuh berguling dari tingkap kereta ketika asyik lakukan tarian gelek.

Seorang wanita nyaris maut akibat terjatuh dari tingkap sebuah kenderaan ketika asyik membuat tarian gelek di dalam kenderaan pacuan empat roda yang bergerak, lapor akhbar The Sun semalam.

Berdasarkan klip video tular, wanita Dagestan yang tidak dikenali itu berdiri di dalam sebuah Mitsubishi Pajero dengan sebahagian badannya terjulur keluar dari tingkap kenderaan itu.

Wanita nyaris maut jatuh berguling dari tingkap kereta ketika asyik lakukan tarian gelek

Dia kemudian memulakan gerakan tarian gelek dengan melentikkan badan, namun terjatuh ke atas jalan raya.

Mangsa jatuh berguling di atas jalan sebelum bangkit dan cuba masuk kembali ke dalam kenderaan tersebut. Seorang pemandu lain memberhentikan keretanya dan segera menawarkan bantuan.

Wanita itu bagaimanapaun dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Tarian berbahaya tidak akan membawa kepada perkara baik, terutamanya jika berlaku di atas jalan raya dan anda ialah gadis yang melakukan tarian gelek dengan badan terjulur keluar dari tingkap kereta,” demikian menurut laporan laman berita News Dagestan.

Seorang pengguna media sosial pula memberi komen bahawa penduduk tempatan perlu mempamerkan sikap sederhana dan sopan.

Baca Lagi:

Lagi kes individu maut jatuh dari tingkat atas pusat beli-belah, kali ini di Kedah pula

Objek jatuh dari langit bunyi guruh berdentum, penduduk Sarawak gempar

Bunuh diri? Seorang individu maut jatuh tingkat 4 ke C Floor Suria KLCC

CATEGORIES