Polis dakwa hampir 30 orang mangsa rogol dalam ‘labour room’, doktor pakar bius lepaskan nafsu

Polis dakwa hampir 30 orang mangsa rogol dalam ‘labour room’, doktor pakar bius lepaskan nafsu

Polis dakwa hampir 30 orang mangsa rogol dalam ‘labour room’, doktor pakar bius lepaskan nafsu.

Baru-baru ini tular sebuah video di Twitter apabila seorang pakar bius melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap seorang wanita hamil semasa melakukan pembedahan Caesarean atau Czer di sebuah hospital.

Dalam rakaman yang tersebar, kejadian yang berlaku di Brazil itu menunjukkan pakar bius yang dikenali sebagai Giovanni Quintella Bezerra memasukkan alat kemaluannya ke dalam mulut wanita yang telah dibius.

Susulan kejadian itu, lelaki tersebut telah pun berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama 8 hingga 15 tahun.

Selepas penangkapan dilakukan, 3 orang lagi patient membuat laporan polis kerana mendakwa diperlakukan perkara yang sama oleh lelaki berkenaan.

Polis dakwa hampir 30 orang mangsa rogol dalam 'labour room', doktor pakar bius lepaskan nafsu

Selain itu, polis juga tidak menolak dakwaan jika ada 30 lagi individu yang menjadi mangsa Giovanni untuk melepaskan nafsu semasa dia bekerja sebagai pakar bius.

Apa yang lebih teruk ialah kesemua mangsa merupakan wanita mengandung yang sedang dalam proses melahirkan bayi semasa di dalam bilik persalinan dan tugas Giovanni adalah memastikan pesakit sudah dibius sebelum menjalani operasi pembedahan Czer.

Baca Lagi:

Lelaki diculik 3 wanita, dirogol bergilir-gilir selama 3 hari

Sakit perut bongkar abang rogol adik sehingga mengandung

Padah ugut rogol anak perempuan PM Thai, ini yang terjadi pada lelaki itu

CATEGORIES