CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas undang tanda tanya ramai

CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas undang tanda tanya ramai

CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas undang tanda tanya ramai.

Menjadi kebiasaan pusat beli belah dilengkapi dengan televisyen litar tertutup (CCTV) bagi mengawal keselamatan dan mengawasi pergerakan pengunjung serta penghuni di dalamnya.

Namun, baru-baru ini tular sebuah rakaman dikongsikan pengguna TikTok yang terkejut apabila salah satu kedudukan CCTV di sebuah pusat beli belah di Johor dihalakan ke arah tandas awam sehingga mengundang tanda tanya ramai.

“Nasib baik belum buka semuanya,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

CCTV pusat beli belah ‘skodeng’ pengguna tandas undang tanda tanya ramai

Dalam pada itu, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi berhubung kejadian tersebut yang rata-ratanya meminta agar pihak berkuasa membuat tinjauan dan pemeriksaan di pusat beli belah agar dapat mengelak dari berlakunya masalah jenayah.

“Takutnya, perlu ada tindakan segera pihak berkuasa, semak arah semua CCTV di pusat beli belah, mungkin ada yang sengaja nak ambil kesempatan, bahaya,” ujar Nana.

“Awak tangkap gambar, jumpa petugas di kaunter, buat aduan tentang kedudukan CCTV, sebab selalunya memang pihak teknikal yang buat,” kata Paan.

“Sebab itu kalau nak guna tandas awam, kena tengok sekeliling dulu, risau dirakam sambil buang air besar, kesalahan jenayah kalau memang ada pihak sengaja lakukan perkara ini, kadang itu, ada kamera kecil dalam tandas orang letak,” pesan Shahril.

Baca Lagi:

Harga siling ayam, telur dan subsidi minyak dimansuhkan mulai 1 Julai ini

[VIDEO] Lelaki berjaya menangkap ikan pari terbesar seberat 299 kilogram

Memandu pakai selipar atau berkaki ayam akan disaman? Ini penjelasan JPJ ramai yang belum tahu

CATEGORIES