Cara bersihkan air kencing anak, salah cuci tetap bernajis

Cara bersihkan air kencing anak, salah cuci tetap bernajis

Cara bersihkan air kencing anak, salah cuci tetap bernajis.

Soal najis tidak boleh diambil ringan lebih-lebih lagi apabila melibatkan najis kanak-kanak. Ada kalanya segelintir ibu bapa sekadar mengelap air kencing dengan kain kering namun tidak dipastikan sama ada lantai itu benar-benar bersih atau tidak.

Menurut perkongsian Zuraila Mohd Noor, bab najis tidak boleh diambil ringan kerana ia melibatkan sah atau tidak solat kita. Malah ulasnya, pesan ustazah, jikq kita menumpang solat di rumah orang yang ramai anak kecil, minta alas kaki kerana dikhuatiri di lantai ada najis.

“Cara yang betul nak bersihkan air kencing anak di lantai ialah,

Cara bersihkan air kencing anak, salah cuci tetap bernajis

Gambar hiasan

1. Lap air kencing dengan tisu atau kain kering.

Bila anak kencing atas lantai ia dipanggil najis ainiyyah sebab boleh nampak dengan menggunakan mata kasar. Kita nampak fizikal najis itu.

Ambil tisu atau kain kering dan lap air kencing anak sehingga kering. Selagi tak kering selagi itu lap. Kalau guna tisu buang sebab najis. Kalau guna kain kena basuh dengan air sebab kain telah bernajis. Untuk kain ni kena basuh dengan cara yang betul untuk menyucikan najis juga. Paling senang pergi bilik air dan buka paip dan bersihkan kain. Air datang kepada najis.

2. Bila dah lap kering semua datangkan air dan jirus tempat air kencing anak tadi.

Bila air kencing dah kering ia jadi najis hukmiyyah. Najis hukmiyyah ialah najis yang tak boleh dilihat dengan mata kasar dan hilang bau. Najis hukmiyyah tetap najis jadi nak bersihkan kita kena datangkan air untuk membersihkan. Air kena bertakung atau bahasa senang kita nampak fizikal air. Tak boleh lap dengan kain atau tisu basah.

3. Boleh saja nak biarkan air kering sendiri sebab dah suci atau boleh ambil kain lapkan untuk mengelakkan bahaya sebab lantai licin. Selesai.

Cara salah yang ramai orang kita selalu buat ialah,

1. Anak kencing terus ambil mop basah pergi lap.

2. Anak kencing terus jirus air ke atas najis. Melainkan kalau rumah papan tinggi dan kita boleh nampak air tu jatuh ke bawah rumah.

3. Anak kencing lap dengan kain kering tapi tak basuh dengan air.

4. Anak kencing lap dengan kain kering tapi kemudian lap dengan kain atau tisu basah.

5. Anak kencing lap dengan kain kering tapi kain tak dibersihkan dengan cara yang betul untuk menghilangkan najis. Kemudian guna balik untuk lap lantai.

Bila cara salah lantai rumah tetap bernajis. Bahkan najis merebak ke kawasan rumah yang lain. Cuci seratus kali pun tetap bernajis. Walaupun pada mata kasar kita lantai nampak bersih. Bila ambil wudhuk terpijak atas lantai kemudian pergi solat maka solat tak sah sebab menanggung najis.

Bab najis tak boleh ambil ringan sebab dia melibatkan sah atau tidak solat kita. Sehinggakan saya pernah dengar ada ustaz pesan,

1. Kalau kita tumpang solat rumah orang yang ramai anak kecil kita minta alas kaki kerana dikhuatiri di lantai ada najis.

2. Sesekali basuh lantai rumah kita sebab bimbang ada najis anak menitik. Lebih lagi kalau anak ramai.

Yang ni bukan kewajipan ya cuma saranan nak menunjukkan pentingnya jaga bab najis.

Saja menulis sebab malam tadi malam buta bersihkan air kencing Adam menitik di lantai dan banyak kali nampak depan mata orang cuci najis dengan cara yang salah.

Bersih tak semestinya bebas najis.

Tapi bebas najis semestinya bersih.

Wallahuaklam.”

Baca Lagi:

Memandu pakai selipar atau berkaki ayam akan disaman? Ini penjelasan JPJ ramai yang belum tahu

Terkini : Bekas pembantu khas Menteri dipenjara dua tahun mulai hari ini

[VIDEO] Lelaki nyaris dibaham harimau bintang ketika sedang kayuh basikal

CATEGORIES