Berat badan cecah 463kg, lelaki mengaku tak mandi selama 4 tahun, duduk atas katil, tengok TV dan makan

Berat badan cecah 463kg, lelaki mengaku tak mandi selama 4 tahun, duduk atas katil, tengok TV dan makan

Berat badan cecah 463kg, lelaki mengaku tak mandi selama 4 tahun, duduk atas katil, tengok TV dan makan.

Seorang lelaki di Texas, Amerika Syarikat dilaporkan antara individu terberat di dunia apabila beratnya pernah mencecah 463 kilogram, beberapa tahun lalu.

Baru-baru ini, nama Kenneth Brumley kembali hangat diperkatakan selepas sebuah stesen televisyen menyiarkan dokumentari mengenai dirinya.

Miliki berat 463kg

Screenshot 2022 06 18 at 2 1 e1655569069942

Menerusi dokumentari yang disiarkan semula memaparkan beberapa anggota bomba memasuki rumah Kenneth Brumley dan mereka mendapati lelaki berusia 40 tahun itu terbaring di atas lantai. Menurut sumber, katil yang digunakan Kenneth juga sudah runtuh. Lebih memilukan apabila mengetahui, bapa kepada empat anak ini tidak mampu bangun dan bergerak disebabkan badannya yang berat. Hal ini secara tidak langsung membuatkan dia tidak dapat membersihkan dirinya selama empat tahun.

Pasukan penyelamat memaklumkan bahawa seluruh rumah Kenneth dikatakan mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Disebabkan tubuh badan Kenneth tidak muat untuk melalui pintu di rumahnya, pasukan penyelamat terpaksa memecahkan dinding dan mengusungnya ke hospital berdekatan. Difahamkan, kesemua pasukan penyelamat mengangkatnya dengan penuh berhati-hati kerana sekiranya tersalah langkah, ia kemungkinan akan menyebabkan lelaki itu mengalami serangan jantung.

Keberadaan Kenneth kekal misteri

Berat badan cecah 463kg, lelaki mengaku tak mandi selama 4 tahun, duduk atas katil, tengok TV dan makan

Kenneth kemudian dilaporkan menjalani pintasan gastrik pada 2019 dan menerima rawatan selama 365 hari di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Menurut laporan, sepanjang penjagaan di hospital, Kenneth dikatakan mengambil kira-kira 30,000 kalori setiap hari di mana jumlah tersebut sama seperti kandungan yang diambil orang biasa sepanjang dua minggu.

Dakwa Kenneth, sebelum ini dia pernah menjadi atlet namun obsesnya terhadap makanan bermula ketika di usia remaja dan semakin meningkat sejak dia mula menyertai kumpulan ‘jalanan’.

Kami sentiasa makan makanan segera, seperti kentang goreng cili keju untuk sarapan pagi termasuk memakan tiga hamburger dan dua liter soda dalam satu sesi. Semua makanan ringan, tiada lauk di rumah. Saya hanya akan duduk di atas katil, menonton TV dan makan setiap, tiada yang lain.

Namun, menurut Daily Star, kini tidak dapat dipastikan mengenai status terkini kesihatan lelaki itu. Jika Kenneth masih hidup, usianya kini sudah mencecah 54 tahun.

Baca Lagi:

Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia

Isteri boleh minta cerai jika suami mati pucuk

Skuad Harimau Malaya dapat durian runtuh RM880,000

CATEGORIES