Pelajar nekad bunuh diri selepas dikenakan hukuman buang sekolah oleh seorang guru

Pelajar nekad bunuh diri selepas dikenakan hukuman buang sekolah oleh seorang guru

Pelajar nekad bunuh diri selepas dikenakan hukuman buang sekolah oleh seorang guru.

Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di wilayah Songkhla, selatan Thailand nekad membunuh diri selepas dikenakan hukuman buang sekolah oleh seorang guru, lapor laman berita Thaiger semalam.

Media Thailand melaporkan pelajar bernama Bonus itu bertindak menggantung diri di sebuah rumah pada 13 Mei lalu kerana mempunyai masalah kewangan dan keluarga.

Rakan-rakannya memberitahu polis bahawa seorang guru memberi tekanan terhadap pelajar itu dan memaksanya meninggalkan sekolah. Bonus merupakan pelajar gred 9 di Sekolah Satri Phatthalung di wilayah Pattalung.

Pelajar nekad bunuh diri selepas dikenakan hukuman buang sekolah oleh seorang guru

Dia tinggal bersama ibunya di Songkhla dan tidak dapat pergi ke sekolah kerana tiada siapa boleh membawanya ke terminal bas. Jadi, dia terlepas kelas pertama semester itu pada 9 Mei lalu.

Rakan-rakan Bonus berkata, guru itu tidak memahami sebab ketidakhadirannya dan meminta mangsa meninggalkan sekolah kerana dia membawa masalah.

Mereka juga memberitahu polis bahawa Bonus kerap bergaduh dengan ibunya kerana tidak mempunyai wang untuk belajar.

Polis kemudian memeriksa mesej antara Bonus dengan rakan-rakannya. Mereka mendapati mangsa memberitahu rakannya bahawa dia ingin membunuh diri kerana dihalau dari sekolah.

Bonus turut meminta seorang rakannya untuk menceritakan perkara sebenar selepas dia meninggal dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Sekolah Satri Phatthalung, Malee Kaewlaiad memaklumkan kepada media Thailand bahawa sekolah itu mahu membantu Bonus, manakala insiden itu berlaku kerana salah faham dan masalah komunikasi antara pelajar dan guru terbabit.

Guru tersebut pula mendakwa bahawa dia tidak berniat untuk mengecewakan pelajarnya dan cuba membantu Bonus dalam semua cara. Dia memberitahu telah meminta Bonus untuk membawa ibunya ke sekolah selain meminta pelajar itu tinggal di tempat perlindungan kanak-kanak, namun kemudiannya mendapati Bonus membunuh diri.

Pengarah sekolah itu berkata, sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu dengan lebih terperinci. Beliau juga mengakui bahawa pihak sekolah mahu mengelak situasi seperti itu berulang pada masa akan datang.

Baca Lagi:

Rakyat Malaysia perlu bersedia, krisis makanan bukan main-main

Dua individu bertuah dari Sabah menang Toto jackpot bernilai RM 21.8 Juta

Duit entah datang dari mana masuk ke akaun CIMB, individu terpaksa bayar semula RM28 ribu

CATEGORIES