Gara-gara parkir ditempat pembuangan sampah, penduduk timbun sampah atas kereta

Photo of author

By Joe

Gara-gara parkir ditempat pembuangan sampah, penduduk timbun sampah atas kereta. Penduduk di sebuah kawasan perumahan bertindak membuang sampah di atas sebuah kereta yang diparkir di tempat pembuangan sampah sebagai protes terhadap pemiliknya yang menghalang laluan.

Menerusi perkongsian di aplikasi X, beberapa bungkus sampah diletakkan di atas cermin hadapan kereta jenis Toyota Vios itu, dan sebuah tilam lama dibuang di atas cermin belakang.

Selain itu, kereta tersebut turut dihimpit dengan dua tong sampah di bahagian depan dan satu tong sampah di bahagian belakang.

Gara-gara parkir ditempat pembuangan sampah, penduduk timbun sampah atas kereta

“Akibat parkir di depan pondok kutipan sampah dan menghalang lori sampah mengutip sampah, maka bertimbunlah sampah di atas kereta,” tulis pemilik hantaran dalam ruangan kapsyen.

Sementara itu, pengguna media sosial berpendapat bahawa tindakan itu merupakan cara untuk mengajar individu tersebut agar tidak lagi menghalang tempat pembuangan sampah.

“Cara mengajar yang berkesan, pemilik akan ingat sampai bila-bila sama ada nak parkir situ lagi atau tidak,” kata Zahar.

“Tempat itu memang untuk buang sampah, mungkin orang ingat kereta itu pun nak dibuang juga,” ujar Elite.

Baca Lagi:
Kelibat anjing di puncak Piramid Giza buat orang ramai rasa pelik
GISBH: Kakak dedah adik diajar meliwat sampai ketagih
Kejar mat rempit masuk kampung, polis dibelasah penduduk sampai patah gigi