Ziana Zain kekal cantik walaupun usia dah cecah 55 tahun, ini rahsianya. Abah ajar guna masker beras rahsia Ziana Zain kekal cantik walau usia dah 55 tahun. Penampilan selebriti ini setiap kali muncul di khalayak memang begitu menarik perhatian.
Bukan saja sentiasa kelihatan fit dan bertenaga, malah kejelitaan wajahnya juga turut terserlah biarpun usianya kini mencecah 55 tahun.
Tidak dinafikan dari dulu sampai sekarang penyanyi yang terkenal lagu Madah Berhelah, Ziana Zain ini begitu menjaga kecantikan dan kesihatan dirinya.
Abah Ajar Guna Masker Beras
Sia sangka dalam usia mencecah lebih 50 tahun, penampilan Ziana Zain masih kekal cantik, langsing, seperti tidak dimakan usia.
Dalam satu perkongsian melalui majalah Intred dulu, Ziana pernah berkongsi rahsia kecantikannya yang lebih senang memilih petua tradisional untuk menjaga penampilannya. Antaranya yang dikongsi
Rahsia Ziana Zain Kekal Cantik
1. Amalkan jus segar seperti timun & epal hijau setiap pagi
Selalu amalkan setiap pagi minum jus hijau seperti timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian, akan ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti.
Tengah hari dan malam, biasanya jarang ambil nasi, cukuplah sayur- sayuran atau lauk.
2. Badan mesti aktif! Kalau tak bersenam, lari keliling rumah
Paling penting, peredaran darah perlu lancar. Badan mesti aktif. Kalau tidak bersenam di gimnasium pun, berlarilah keliling rumah. Akan lakukan ini dengan lebih kerap apabila ada persembahan atau program penting.
3. Tak pernah sentuh ais
Salah satu petua lain pula ialah dia juga tidak pernah menyentuh ais melainkan terlalu teringin. Selalunya, memang jaranglah. Mungkin untuk menjaga suara.
Walau Usia Dah 54 Tahun
4. Abah yang ajar cara untuk menjaga wajah
Ziana Zain juga menjaga kulit sejak belasan tahun lagi. Terima kasih kepada Abah yang dari dulu selalu mengingatkan anak- anaknya tentang penjagaan diri dan kebersihan. Bab ini memang amat berdisiplin. Penjagaan kulit dari awal usia itu penting kalau mahu kualiti kulit yang baik pada masa hadapan.
5. Abah ajar buat masker muka & buat minyak kepala sendiri
Antara petua Abah yang sampai sekarang diingati ialah masker muka. Caranya, rendam beras semalaman. Kemudian, kisar sehingga hancur dan gaul dengan putih telur. Tempekkan pada muka.
Rambut pula, kalau dulu, Abah masak minyak kelapa sendiri. Kemudian, Abah campurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan ke kepala. Bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut.
Untuk pengetahuan, Ziana Zain yang juga kini berstatus ibu tunggal yang kini membesarkan empat orang anak-anaknya, hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas suaminya.