Zarul Umbrella dedah 3 perkataan yang ‘haram’ disebut ketika dalam pesawat

Photo of author

By Joe

Zarul Umbrella dedah 3 perkataan yang ‘haram’ disebut ketika dalam pesawat. Penyanyi terkenal, Zarul Umbrella yang juga merupakan bekas pramugara baru-baru ini berkongsi tiga perkataan atau frasa ‘diharamkan’ sama sekali daripada disebut ketika berada dalam pesawat.

Katanya, perkataan-perkataan ini boleh disimpulkan sebagai isyarat atau berpotensi memberi ancaman kepada keselamatan pesawat.

Malah, penumpang yang menyebut perkataan-perkataan ini juga bakal berdepan dengan situasi sulit seperti ditendang keluar daripada pesawat serta-merta.

Zarul Umbrella dedah 3 perkataan yang 'haram' disebut ketika dalam pesawat

Dengan kata lain, anda juga mungkin terpaksa berdepan dengan siasatan oleh pihak berkuasa. Jadi ini tiga perkataan haram disebut di dalam pesawat menurut Zarul Umbrella.

Jangan sesekali sebut bom

Menurut Zarul, perkataan bom adalah perkataan yang sama sekali tidak boleh disebut dalam mana-mana penerbangan.

Beliau turut memberi contoh insiden melibatkan pesawat MH122 yang berlaku pada 14 Ogos lepas. Menurut laporan media, seorang warga Australia telah ditahan pihak berkuasa kerana membuat ancaman bom palsu ketika berada di dalam pesawat tersebut.

Tindakan itu juga memaksa pesawat berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik dan mendarat di Sydney.

“Jangan sesekali buat main, walaupun anda hanya buat lawak. Anda mungkin hanya ingin bagi punchline nak buat lawak tetapi bom bukan bahan jenaka dalam pesawat,” ujar Zarul.

Jangan sebut nama senjata

Selain itu, para penumpang pesawat juga tidak boleh menyebut frasa “saya ada (nama senjata)” di dalam ruangan kabin.

Contohnya seperti “saya ada pisau”, “saya ada pistol”, “saya ada parang” dan sebagainya. Kata Zarul, frasa ini juga memiliki tahap keseriusan yang sama dengan istilah bom yang diulasnya sebelum ini.

“Istilah ini sama level (tahap) dengan perkataan bom tadi, boleh jadi satu ancaman,” jelasnya.

Jangan sebut nak rampas pesawat

Menurut Zarul lagi, perkataan lain yang juga diharamkan daripada disebut di dalam pesawat adalah perkataan rampas atau hijack.

Zarul memberitahu, walaupun perkataan disebuat hanya sekadar untuk bergurau misalnya dengan kru penerbangan, tindakan tersebut masih dianggap sebagai satu ancaman yang serius.

Malah, gurauan bersifat pick up line seperti ‘kehadiran awak telah hijack ruang hati saya’ pun boleh meletakkan anda dalam masalah kelak.

Jadi, hati-hati ya kepada semua yang selalu mengguna mode pengangkutan udara.

Baca Lagi:
“Nasib ada pengalaman 3 tahun”, kucing tolong repair lampu rumah raih perhatian ramai
Restoran cari pekerja yang pandai tebar roti canai, gaji ditawar sebanyak RM16,977
Anda boleh dapat rawatan percuma di klinik swasta, ini cara semak kelayakan Skim Perubatan MADANI