“Zaman sekarang orang kaya pun jadi pencuri”

Photo of author

By Joe

“Zaman sekarang orang kaya pun jadi pencuri”. Sebuah rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) telah menjadi viral di media sosial, memaparkan seorang individu menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire untuk mencuri bungkusan yang ditinggalkan di atas tembok rumah.

Menurut video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @knaidu553, kejadian ini dipercayai berlaku di Ulu Tiram, Johor pada pukul 3.49 petang kelmarin.

Dalam rakaman tersebut, MPV tersebut kelihatan bergerak perlahan sebelum berhenti di hadapan sebuah rumah. Dalam masa 10 saat, seorang individu yang memakai baju putih keluar dari kenderaan tersebut, mengambil bungkusan dari atas tembok, dan kemudian masuk semula ke dalam kenderaan.

"Zaman sekarang orang kaya pun jadi pencuri"

Selepas itu, MPV beredar laju tanpa menutup pintu belakangnya.

Video tersebut telah mendapat lebih daripada 79,000 tontonan, 1,302 like, dan 261 perkongsian sehingga kini.

Tinjauan Kosmo! di bahagian komen menunjukkan ramai yang menggesa pihak berkuasa untuk bertindak serta-merta, sambil berseloroh bahawa pencuri tersebut sedang “melunaskan bayaran Vellfire”.

“Kalau tak ada duit nak beli barang, bayar Vellfire habis dulu lah tu,” komen Rozyron.

“Penghantar barang pun susah kalau tembok tinggi macam tu, takut barang pecah. Harap pencuri ‘parcel’ ni dapat ditangkap cepat. Barang hilang banyak tapi tulisan dah sampai,” tambah Syasya.

@knaidu553 naik vellfire curi parcel shopee🤦‍♂️#knaidu44 #fypシ゚viral #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – K.NAIDU

Baca Lagi:
Rumah biru di Kampung Baru tak jadi roboh, pemilik kongsi cerita sebenar
Tak sampai 12 jam, Syed Saddiq dapat kumpul RM25,000 ketika larian sejauh 200 km ke Parlimen
Ada satu lagi kejutan – Rafizi