‘Zainab’ bukan isteri saya, Abdul Latiff nafi isterinya terlibat dalam skandal LCS

‘Zainab’ bukan isteri saya, Abdul Latiff nafi isterinya terlibat dalam skandal LCS

‘Zainab’ bukan isteri saya, Abdul Latiff nafi isterinya terlibat dalam skandal LCS.

Bekas timbalan menteri pertahanan, Abdul Latiff Ahmad menafikan dakwaan bahawa isterinya terlibat dalam skandal perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Ini susulan dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa isteri Abdul Latiff memiliki “syarikat palsu” yang menerima bayaran daripada projek berkenaan.

'Zainab' bukan isteri saya, Abdul Latiff nafi isterinya terlibat dalam skandal LCS

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek kapal tempur pesisir (LCS), saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut.

“Sebagai anggota kabinet, saya bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Latiff ialah timbalan menteri pertahanan bagi tempoh 2008 hingga 2013. Dia meninggalkan Umno selepas pilihan raya umum 2018 dan menyertai Bersatu.

Terdahulu, Rafizi mendakwa “syarikat palsu” yang menerima bayaran daripada projek LCS dimiliki salah seorang isteri Latiff.

Katanya, perkara itu didedahkan dalam pangkalan data dokumen bocor Paradise Papers dan dalam laporan siasatan dalaman projek tersebut.

Semalam Rafizi berkata pegawai tentera bukanlah dalang di sebalik dakwaan penyelewengan dalam projek berkenaan, kata Rafizi Ramli.

Sebaliknya menurutnya, skandal tersebut dirancang oleh ‘jerung’ yang mempunyai kuasa dalam projek itu di luar pasukan keselamatan negara.

Kuasa yang ada pada ‘jerung’ itu, tambah Rafizi, termasuk melantik kontraktor, menentukan spesifikasi projek, membuat bayaran pendahuluan dan mempunyai wang tunai untuk disalurkan ke luar negara sebelum penghantaran kapal dibuat.

Baca Lagi:

Panas ! Rafizi dedah Isteri kedua Dr Latiff ‘jerung besar’ terlibat skandal LCS

Skandal LCS: Satu lagi dokumen rahsia bakal didedahkan kepada rakyat

Ramai pertikai macam mana SCAMMER tranfer duit tanpa TAC, lelaki ini dedah cara mudah selamatkan acc bank anda

CATEGORIES