Zahid Hamidi dapat semula pasport secara kekal, boleh ke luar negara tanpa kebenaran mahkamah lagi

Zahid Hamidi dapat semula pasport secara kekal, boleh ke luar negara tanpa kebenaran mahkamah lagi

Zahid Hamidi dapat semula pasport secara kekal, boleh ke luar negara tanpa kebenaran mahkamah lagi. Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi.

Beliau juga dibenarkan menyimpan pasport diplomatiknya secara kekal untuk membolehkannya ke luar negara tanpa kebenaran mahkamah ketika dirinya masih lagi sedang berdepan dengan 47 pertuduhan rasuah.

Hari ini, tiga panel hakim dipengerusikan oleh Hakim Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara menerima permohonan Presiden UMNO itu untuk mendapatkan kembali pasport beliau secara kekal.

Zahid Hamidi dapat semula pasport secara kekal, boleh ke luar negara tanpa kebenaran mahkamah lagi

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob memberitahu mahkamah, pihaknya telah mendapat arahan untuk tidak membantah permohonan tersebut.

Untuk makluman, pada 3 Februari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah hanya membenarkan pelepasan sementara dokumen itu untuk Ahmad Zahid, memohon pasport diplomatik dan seterusnya menyerahkan semula kedua-dua pasport itu kepada mahkamah selepas segala urusan permohonan diplomatik selesai.

Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang kini prosidingnya di peringkat pembelaan.

Ahmad Zahid memohon pelepasan pasport dipertimbangkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan supaya dokumen itu dapat dilepaskan secara penuh dan kekal dengan apa-apa syarat sewajarnya yang dikenakan oleh mahkamah.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau mempunyai beberapa kekangan untuk menjalankan tugas seperti menteri lain kerana tidak mempunyai akses kepada pasport.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah menerima mandat dan tanggungjawab utama daripada Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakilkan beliau dalam beberapa urusan pentadbiran negara,” katanya dalam afidavitnya sebelum ini.

Baca Lagi:

Jangan sesekali jatuhkan air mata ibu, kemewahan boleh hilang dalam masa 24jam – Datuk Hattan

5 Senarai menteri paling dibenci rakyat Malaysia sampai sekarang, kenapa ya? ini sebabnya

Imam diserang lelaki “selipar” ketika solat Subuh
CATEGORIES