YouTuber maut selepas ‘mukbang’ ayam goreng

Photo of author

By Joe

YouTuber maut selepas ‘mukbang’ ayam goreng. Seorang pencipta kandungan yang terkenal dalam ‘mukbang’ di Filipina telah meninggal dunia selepas memakan ayam goreng bersama nasi, melaporkan saluran berita TNP kelmarin.

Dongz Apatan, yang nama sebenarnya Manoy Apatan dan berusia 38 tahun, disahkan meninggal dunia akibat serangan strok. Dia terakhir kali terlihat dalam sebuah hantaran pada 13 Jun lalu, memaparkan dirinya menikmati sejumlah besar ayam goreng yang dimakan bersama nasi.

Menurut adik perempuannya, Leah Apatan, dia mengalami serangan strok kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan sebelum segera dibawa ke hospital terdekat.

YouTuber maut selepas 'mukbang' ayam goreng

“Banyak yang berkomentar bahwa Manoy layak mati karena tamak, tetapi itu hanya kandungan. Dia sebenarnya tidak makan banyak dan tidak menghabiskan makanannya. Manoy bukanlah orang yang tamak, bahkan sering membantu orang lain,” kata Leah.

Sementara itu, pakar jantung, Tony Leachon, menyatakan bahawa kematian lelaki itu disebabkan oleh strok hemoragik.

“Menurut pakar yang merawatnya di bilik kecemasan, dia mengalami pembekuan darah di otak. Ini menunjukkan tekanan darah tinggi dan saluran darah di otak yang pecah.

“Ini disebabkan oleh makanan tinggi garam dan pengambilan daging. Jika dilakukan setiap hari, saluran darah di otak dapat tersumbat,” kata Tony.

Manoy Apatan mempunyai lebih daripada 457,000 pengikut di laman Facebook dan secara aktif berkongsi video-videonya ketika menikmati hidangan besar.

Baca Lagi:
Rupanya suri rumah boleh buat duit hingga ribuan ringgit, ini caranya
Uci Luna tak boleh daftar sijil lahir anak, rupanya dah setahun kahwin tak ada sijil nikah
Jangan suka sangat bila beli kereta baru, ini 5 perkara penting perlu buat sebelum keluar ‘showroom’