Xiaomi buka kilang tanpa pekerja manusia mampu cipta 10 juta telefon pintar

Photo of author

By Joe

Xiaomi buka kilang tanpa pekerja manusia mampu cipta 10 juta telefon pintar. Xiaomi kini memiliki sebuah kilang yang mampu menghasilkan 10 juta telefon pintar tanpa memerlukan pekerja manusia. Kilang Xiaomi Smart Factory terletak di Changping, Beijing dengan belanja sebanyak RMB 2.4 bilion dan luas lantai 81,000 meter persegi.

Menurut CEO Xiaomi, Lei Jun, mereka telah membangunkan sendiri peralatan pemasangan telefon pintar di kilang ini. Kilang ini akan digunakan untuk menghasilkan Xiaomi MIX Fold 4 dan MIX Flip.

Biasanya, proses pemasangan komponen utama dan pemeriksaan akhir dilakukan oleh pekerja manusia di lantai kilang. Ini merupakan sebab utama mengapa pengeluaran telefon pintar dan kelengkapan elektronik terjejas teruk semasa pandemik Covid-19 empat tahun yang lalu.

Xiaomi buka kilang tanpa pekerja manusia mampu cipta 10 juta telefon pintar

Apple juga mengalami masalah dalam pengeluaran apabila pekerja kilang Foxconn melakukan rusuhan beberapa tahun yang lalu.

Dalam video yang dikongsi oleh Lei Jun, operasi kilang hanya dikendalikan oleh beberapa kakitangan sahaja. Usaha membangunkan kilang yang beroperasi sepenuhnya menggunakan teknologi automasi telah dimulakan sejak 2017. Sebelum ini, kilang percubaan telah memulakan operasi dan menghasilkan 1 juta peranti setahun.

Baca Lagi:
Ustaz Tido minta wanita ‘on camera’ sebab nak tengok bibir ketika baca Al-Quran dikecam netizen
Wanita saman syarikat sebab bayar gaji penuh selama 20 tahun tanpa beri kerja
Rumah agam penuh dengan kisah ngeri dijual harga RM48.22 juta