‘Woi ! Isi minyak ke?’ Kantoi lelaki Singapura bertukar pam minyak kuning dan hijau dengan lelaki Malaysia

‘Woi ! Isi minyak ke?’ Kantoi lelaki Singapura bertukar pam minyak kuning dan hijau dengan lelaki Malaysia

‘Woi ! Isi minyak ke?’ Kantoi lelaki Singapura bertukar pam minyak kuning dan hijau dengan lelaki Malaysia.

Sejak sempadan negara dibuka pada 1 April lalu, banyak insiden melibat segelintir warga Singapura telah mengundang rasa kurang senang oleh pihak warganet. Lebih-lebih lagi ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang mengisi petrol kenderaan menggunakan pam minyak kuning RON 95.

Terbaharu, tular video itu seorang pemandu lelaki Audi bernombor pendaftaran Malaysia dan pemandu Toyota Estima bernombor pendaftaran Singapura saling bertukar pam minyak kuning RON 95 dan hijau RON 97 stesen minyak Petron Gelang Patah, Johor.

Apabila tindakan terbabit ‘kantoi’ dirakam, mereka segera bertukar semula nozel pam minyak dan meneruskan isi minyak seolah-olah mereka tidak melakukan kesalahan.

‘Woi, isi minyak ke?’ jerit perakam yang ketika itu berada dalam keretanya menjerit kearah lelaki bertopi terbabit.

Pada penghujung video, sejurus kedua-dua lelaki itu selesai mengisi minyak, lelaki bertopi pergi menghampiri pemandu Audi di pam sebelah.

'Woi ! Isi minyak ke?' Kantoi lelaki Singapura bertukar pam minyak kuning dan hijau dengan lelaki Malaysia

Untuk makluman, warga Singapura dihalang sama sekali membeli minyak petrol bersubsidi RON 95 yang dikhususkan untuk rakyat Malaysia sahaja. Harga seliter untuk petrol berwarna kuning pada ketika ini bernilai RM2.05.

Sebelum ini Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberi amaran kepada mana-mana pengusaha stesen minyak yang didapati menjual minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing akan berdepan tindakan tegas sehingga didenda RM1 juta atau penjara makismum tiga tahun dan syarikat yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2 juta.

TERBARUU 54

Baca Lagi:

Buat bising pada waktu malam, lelaki parah ditikam

Banyak kali tertanya-tanya pasal ni, sekarang dah tahu pun jawapannya kenapa burung terbang dalam formasi V

Bekas Ketua Cawangan Pas meninggal dunia ketika tunai solat Maghrib di masjid

CATEGORIES