Wee Ka Siong diugut ‘Deepak’ selepas dedah isu syarikat telur import, guna nama PMO

Wee Ka Siong diugut ‘Deepak’ selepas dedah isu syarikat telur import, guna nama PMO

Wee Ka Siong diugut ‘Deepak’ selepas dedah isu syarikat telur import, guna nama PMO. AHLI Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa diugut seseorang bernama ‘Deepak’ ekoran kenyataannya di Dewan Rakyat mengenai isu bekalan telur yang diimport dari India.

Ka Siong mendakwa telah menerima panggilan daripada ‘Deepak’, pagi semalam memintanya mengeluarkan kenyataan bagi memperbetulkan ucapan awal mengenai isu tersebut di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Beliau berkata, lelaki tersebut juga telah menggunakan nama Pejabat Perdana Menteri (PMO) supaya Presiden MCA itu memperbetulkan kenyataan dan menyelesaikannya di luar mahkamah.

Wee Ka Siong diugut 'Deepak' selepas dedah isu syarikat telur import, guna nama PMO

“Terima kasih Speaker Dewan Rakyat yang beri surat kepada saya bahawa sebagai wakil rakyat, ucapan dalam dewan terlindung di bawah Perlembagaan Fasal 63. Ini seorang Speaker yang arif dan bijaksana.

“Tetapi, semalam pukul 9.51 pagi, saya menerima panggilan daripada seorang insan bernama ‘Deepak’ yang mendakwa dirinya mewakili JNE Tex Advance Sdn. Bhd.

“Beliau mengatakan telah berbincang dengan PMO untuk saya buat satu statement (kenyataan) dan kita settle (selesaikan) di luar mahkamah.

“Saya kata apa ini? Apa yang berlaku ialah, saya tak sebut nama syarikat kamu, saya tak sebut nama kamu.

“Saya cuma jadi jurucakap rakyat. Ini masalah bekalan telur. Saya tiada apa-apa kepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, lelaki bernama Deepak itu memaklumkan telah mengarahkan peguamnya untuk melaksanakan writ saman.

Sementara itu, R Ramanan (PH-Sungai Buloh) ketika diberi laluan mencelah pula menyifatkan tindakan itu sebagai tidak beretika.

Beliau berkata, ia juga merupakan satu bentuk intimidasi terhadap wakil rakyat.

“Kalau kita bagi orang gunakan nama PMO atau Perdana Menteri macam ini, esok pihak lain pula menggunakan nama Speaker.

“YB (Yang Berhormat) Ayer Hitam sebagai Ahli Parlimen dan Presiden parti (MCA) takkan tidak tahu betul-betul apa niat perdana menteri dan PMO,” katanya.

Ka Siong kemudiannya bersetuju bahawa panggilan daripada Deepak itu bukan arahan Perdana Menteri.

“Yang Dipertua, saya rasa dalam kes ini kita memandang berat. Apa nama PMO ini? Saya pun tidak faham apa yang berlaku.

“Pada 22 Januari hari pertama Tahun Baharu Cina, Perdana Menteri datang ke rumah terbuka (MCA). Saya bincang secara khusus telur yang diimport dari India. Saya tidak setuju. PM dengar dan saya kata kita kena cari penyelesaian.

“Saya rasa ini bukan arahan daripada PM. Ini orang pakai nama PMO. Ini satu penyakit. Dalam kes ini tidak sepatutnya berlaku.

“Saya tak rela diperkotak-katikkan sebagai bidak-bidak catur pada mana-mana syarikat yang mahu saya membuat kenyataan dalam kes ini,” katanya.

Baca Lagi:
Akhirnya Tun M ‘melutut’ kepada Muhyiddin?
Lelaki ini masih terima isterinya walaupun dah 25 kali kantoi lari dengan lelaki berbeza, tak sangka ini alasannya
Jumpa dompet duit berkepuk, niat baik remaja pulangkan kepada tuan asal dibalas dengan ganjaran yang tak disangka
CATEGORIES