Warganet terkejut lihat tawaran gaji di restoran tempatan ini cecah RM8,500 sebulan

Photo of author

By Joe

Warganet terkejut lihat tawaran gaji di restoran tempatan ini cecah RM8,500 sebulan. Menjadi satu perkara biasa buat kita melihat penawaran gaji sebelum memohon sesuatu pekerjaan. Berbeza bidang, maka lain pula tangga gaji yang ditawarkan kepada mereka yang sesuai.

Sebuah hantaran yang dibuat oleh TikTok @aznahabas telah mencetus perbincangan berkenaan penyenaraian pekerjaan di sebuah restoran makanan chinese baharu di Pavillion, Damansara Height.

Fokus utama yang dibincangkan di kalangan netizen adalah penawaran gaji yang sangat tinggi lebih-lebih lagi jawatan pengurus restoran yang mencecah RM8,500. Bahkan, jawatan-jawatan lain yang diiklankan juga memperlihatkan tingkat gaji yang tinggi seperti ketua tukang masak dengan gaji RM7,000, pembantu pengurus restoran dengan gaji RM4,500 dan pencuci pinggan mencecah RM3,000.

Warganet terkejut lihat tawaran gaji di restoran tempatan ini cecah RM8,500 sebulan

Ramai rakyat Malaysia terkejut dan berseloroh meluahkan minat mereka untuk mendapatkan jawatan pencuci pinggan tersebut. Hal ini kerana dilihat penawaran gajinya jauh lebih tinggi berbanding kerja yang sedia ada.

Sementara itu, ada yang berkongsi pendapat bahawa gaji tersebut sejajar dengan ekonomi semasa yang mana pembayaran gaji sebegini patut diterapkan kerana faktor inflasi. Malah, ada juga yang mengatakan penawaran gaji tersebut sudah menjadi standard di negara Singapura.

@aznahabas Dasyat gak gaji FnB nih…. #career ♬ original sound – Aznah Abas

Walaupun gaji yang ditawarkan tampak tinggi, sebahagian netizen pula mendedahkan kerja di dalam arena F&B didapati sangat mencabar dan tidak ramai yang mampu mengharunginya. Selain masalah stress dalam operasi seharian, anda juga mungkin terpaksa bekerja sewaktu cuti umum.

Warganet terkejut lihat tawaran gaji di restoran tempatan ini cecah RM8,500 sebulan

Jadi, tidak hairanlah ada pemilik restoran sanggup membayar gaji yang tinggi kerana mahu menarik minat individu untuk memenuhi jawatan sekaligus melancarkan operasi seharian mereka.

Baca Lagi:
Wahab dihukum penjara 2 bulan kerana mengancam adik lelaki dengan pisau lipat
Tetamu terkejut check in homestay tapi ada katil hospital, rupanya bekas rumah mak owner yang dah meninggal sebab Covid-19
Peguam dedah dua kumpulan individu cari Wahab di rumah