Warganet tak puas hati pemuda buat permohonan maaf secara terbuka selepas jerit perkataan lucah depan anakanda Agong, Tengku Hassanal. Jerit Komen Lucah Dekat Kerabat Diraja, Individu Dari Sarawak Mohon Maaf Secara Terbuka. Satu hantaran tular baru-baru ini di media sosial mengenai seorang individu menjerit perkataan tidak senonoh terhadap Kerabat Diraja.
Menerusi perkongsian video di laman TikTok itu, individu tersebut menjerit perkataan yang tidak sepatutnya atau perkataan yang lucah kepada anakanda Agong, Tengku Hassanal semasa program ‘Kembara Kenali Borneo’ di Sarawak.
Individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media sosial
Bagaimanapun, rakaman tersebut telah meraih perhatian ramai dan dianggap kurang ajar. Selepas itu, individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka, menerusi laman TikTok @Nida.
“Permohonan maaf secara terbuka telah dibuat oleh anak serian yang buat live dan membuat kesilapan ketika kedatangan Agong ke Serian semalam,” tulis kapsyen di TikTok tersebut.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen mengecam tindakan ‘bodoh’ individu tersebut.
Terlanjur kata bukan mudah, netizen tidak puas hati sekadar permohonan maaf
Malah, ada yang mengatakan perbuatan individu berkenaan dianggap biadap dan tindakan tersebut bukanlah cara yang terbaik untuk viral.
Dalam pada itu, segelintir netizen mengatakan bahawa tidak cukup dengan permohonan maaf berbanding dengan penat lelah Tengku sepanjang kembara ini.
“Terlanjur kata bukan mudah, adab perlu ada dan bahasa haruslah ditapis,” ujar salah seorang pengguna di media sosial.
@hasfanidajafar_ Permohonan maaf secara terbuka telah dibuat oleh anak serian yang buat live dan membuat kesilapan ketika kedatangan agong ke serian semalam. #daulattuanku #ampuntuanku #seriansarawak #fypsarawak ♬ bunyi asal – Nida
“Bukan setakat Agong je kita perlu beradab, namun kita perlu beradab dengan semua orang, tidak kira tua atau muda, budi bahasa budaya kita,” kata lagi seorang netizen di TikTok.