Warganet sebak lihat mat salih berkaki ayam sambil tolak anak guna troli di negara Malaysia

Warganet sebak lihat mat salih berkaki ayam sambil tolak anak guna troli di negara Malaysia

Warganet sebak lihat mat salih berkaki ayam sambil tolak anak guna troli di negara Malaysia. Seorang individu memuat naik satu hantaran mengenai mat salih berkaki ayam membawa anak-anaknya menggunakan troli di sekitar Kuching.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, individu tersebut menyatakan bahawa dia menemui mat salih, dikenali sebagai Mr. Shawn itu bersama tiga anaknya di kawasan Padungan, Kuching.

“Aku terjumpa Mr. Shawn malam tadi, jadi aku pun berhenti keluar dan sempat bersembang dengannya.

Warganet sebak lihat mat salih berkaki ayam sambil tolak anak guna troli di negara Malaysia

Individu itu berkata, Mr. Shawn mempunyai tiga orang anak, namun sudah dua tahun anaknya tidak bersekolah, mungkin disebabkan isterinya sudah meninggal dunia kerana kanser otak.

“Kereta proton Saga pemberian Ustaz Ebit Liew pada tahun lepas katanya dah beberapa bulan rosak dan tersadai di kawasan awam,” tulis individu itu sambil mengatakan kemungkinan Mr.Shawn tidak berkemampuan untuk membaiki.

Warganet sebak lihat mat salih berkaki ayam sambil tolak anak guna troli di negara Malaysia

Dalam pada itu, Mr. Shawn turut menyatakan kepada individu berkenaan bahawa anak-anaknya tidak mempunyai kad pengenalan disebabkan ‘tidak diberi’ oleh pihak tertentu. Malah, pihak tersebut juga mempunyai isu menyalahgunakan duit EPF mendiang isterinya.

Tidak bekerja, dan menunggu offer dari kawannya di Miri

Difahamkan, buat masa sekarang dia tidak mempunyai pekerjaan, dan masih menunggu tawaran kerja dari rakannya di Miri, Sarawak.

“Aku juga sempat bertanya macam mana dia menyara anak-anak sedangkan tidak bekerja, tetapi dia tidak terjawab dengan soalan aku tadi.
“Tidak sampai hati aku tengok dia bawa anaknya guna troli, bahaya juga untuk keselamatan,” ujar individu itu kerana risau tentang keselamatan anaknya.

Sementara itu, individu itu mengatakan bahawa dia ada menyimpan nombor telefon Mr. Shawn dan dipercayai Mr. Shawn bersama anak-anaknya tinggal di kawasan Sekama.

Dipercayai, Mr. Shawn berasal dari England, manakala arwah isterinya adalah orang tempatan, dari Kuching Sarawak.

Supaya pihak berwajib membantunya

Selain itu, individu itu turut meminta pertolongan pihak berkuasa untuk membantu Mr. Shawn sekeluarga.

Sebelum ini, Mr. Shawn pernah tular selepas kisahnya membawa anak-anaknya di dalam troli, dengan berjalan kaki tidak menggunakan selipar di Kuching.

Baca Lagi:
PRN: AMANAH mahu lawan UMNO di DUN Kota
Disangka asnaf kerana pakai jubah lusuh, rupanya lelaki ini mahu bayar zakat RM1 juta
Lelaki ini dedah rahsia bagaimana SJKC boleh kumpul dana berjuta-juta ringgit
CATEGORIES